Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Laptop Pertama Dikuasakan Dengan Snapdragon 835 Diperkenal Oleh HP Dan Asus

Laptop Pertama Dikuasakan Dengan Snapdragon 835 Diperkenal Oleh HP Dan Asus

Diterbitkan Disember 6, 2017 oleh Helmi Samsuri

Persidangan Teknologi Qualcomm kini sedang berlangsung di Hawaii dan semalam, dan beberapa teknologi baru telah dipertontonkan. Salah satu daripadanya adalah pengenalan kepada laptop Windows 10 yang akan dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 835.

Cip tersebut bakal melengkapkan laptop keluaran HP dan Asus yang mana ia menjanjikan sambungan berkelajuan Gigabit LTE kepada peranti tersebut.

Selain daripada itu, dengan penggunaan cip Snapdragon 835 digandingkan dengan model X16, laptop tersebut akan sentiasa bersambung ke internet dan pengguna tidak perlu lagi bergantung kepada WiFi sahaja.

Difahamkan lagi, kuasa bateri laptop mampu menjangkau sehingga 20 jam dan rekaan yang lebih nipis, ringan tanpa penggunaan kipas seperti laptop yang lain.

HP Envy x2

Laptop Pertama Dikuasakan Dengan Snapdragon 835 Diperkenal Oleh HP Dan Asus

  • RAM 8GB
  • Storan 256GB
  • Skrin paparan 12 inci dengan resolusi 1920×1280
  • Sokongan stylus input
  • Audio dari Bang & Olufsen
  • Slot kad MikroSD
  • Port USB-C
  • Kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 5MP
  • Sedia dioperasikan dengan Windows 10 s

Asus NovaGo

Laptop Pertama Dikuasakan Dengan Snapdragon 835 Diperkenal Oleh HP Dan Asus

  • RAM 4GB/ 6GB/ 8GB
  • Storan 64GB/ 128GB/ 256GB
  • Skrin 13.3 inci dan berupaya dilipat sehingga 360 darjah
  • Sokongan Stylus
  • Sedia dioperasikan dengan Windows 10 s

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY