Syarikat telco pula silih berganti memperkenalkan pelan dan tawaran internet bagi memastikan pelanggan tetap setia dengan mereka. Tetapi adakah harga yang dibelanjakan oleh pelanggan setimpal dengan apa yang mereka terima?
Satu laporan telah dihasilkan oleh OpenSignal yang mana ia menghimpunkan enam nama besar dalam industri komunikasi negara. Laporan tersebut menunjukkan perbandingan kelajuan internet yang disediakan oleh enam syarikat telco tempatan dan Maxis merupakan penyedia perkhidmatan yang menawarkan internet paling laju setakat ini.


Berdasarkan carta perbandingan, anda boleh lihat Maxis cemerlang dalam kelajuan muat turun 4G, kelajuan muat turun 3G, latensi 4G, latensi 3G.
Apa yang mengejutkan disini adalah Yes 4G (baru dimasukkan didalam laporan tahun ini bersama Webe) adalah yang terpantas dalam kelajuan muat turun secara menyeluruh. Hal ini mungkin disebabkan Yes 4G hanya menyediakan perkhidmatan 4G sahaja manakala Maxis dan lain-lain perlu menguruskan rangkaian 3G dan oleh sebab itu kelajuan purata Yes 4G lebih tinggi.

Latensi disini bermaksud masa yang diperlukan untuk paket data disimpan atau diambil. Jadi jika rendah markah dibawah maka ia menunjukkan rangkaian itu responsif atau lebih laju.
Maxis menggungguli kedua-dua kategori latensi 3G dan 4G sementara Digi pula dilihat paling perlahan dalam kategori tersebut.


Laporan lanjut OpenSignal
Sumber: OpenSignal via Lowyat.net
Berkaitan
- Kedai Perkakasan Audio Bose Rasmi Dibuka Di Pusat Beli Belah 1Utama
- Vivo Superday Sale Vivo V15 Diadakan 23 Mac Ini Di Pusat Beli Belah One Utama
- Khabar Angin OnePlus 6T Mungkin Dilengkapi Dengan 3 Kamera Utama Serta Kamera Pop-Up
- #MWC2019 - Nokia 9 Pureview Dengan 5 Kamera Utama!
- Peranti Utama Redmi Dengan Snapdragon 855 Mungkin Dikenali Sebagai Redmi K20 Pro
- Honor View20 Dilancar Secara Rasmi, Kamera Utama 48MP Dengan Sokongan 3D TOF
- Spesifikasi Huawei Nova 4 Mula Kelihatan, Kamera Utama 48MP
- Grab Super App- Himpunkan Pelbagai Perkhidmatan Dalam Satu Aplikasi Utama
- 5 Syarikat Pengeluar Telefon Pintar Utama Bagi Suku Ke-3 2017
- Instagram Mungkin Pisahkan Fungsi Direct Message Dari Aplikasi Utama, Tampilkan Aplikasi "Direct"