Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lampu LED Berisiko Ganggu Penglihatan Dan Fungsi Penting Sel Badan – Kajian

Lampu LED Berisiko Ganggu Penglihatan Dan Fungsi Penting Sel Badan – Kajian

Diterbitkan Ogos 17, 2026 · Dikemas kini Ogos 17, 2026 oleh ariff bukhari

Peralihan global ke arah penggunaan lampu diod pemancar cahaya (LED) sepanjang dua dekad lalu sememangnya berjaya mengurangkan bil elektrik secara drastik.

Namun begitu, pencahayaan moden ini kini dikenal pasti sebagai ancaman tersembunyi kepada kesihatan manusia.

Tidak seperti cahaya matahari atau mentol pijar (incandescent) terdahulu yang kaya dengan gelombang merah dan inframerah, lampu LED mengeluarkan spektrum sempit yang didominasi oleh gelombang biru pendek.

Kajian terbaharu yang diketuai oleh Profesor Glen Jeffery dari University College London menunjukkan bahawa mitokondria yang bertindak sebagai penjana tenaga dalam sel tubuh, memerlukan gelombang merah untuk berfungsi secara optimum.

Ketiadaan gelombang merah menyebabkan badan mengalami fenomena yang dipanggil “kelaparan inframerah” (infrared starvation).

Keadaan ini menekan respirasi mitokondria, mengurangkan penghasilan tenaga selular, memicu keradangan kronik, sekali gus mempercepatkan proses penuaan.

Kajian membuktikan bahawa pendedahan kepada cahaya merah dan inframerah dekat (near-infrared) berupaya merangsang mitokondria untuk mengaplikasikan lebih banyak glukosa dan oksigen.

Proses ini mengurangkan lonjakan gula dalam darah serta mengawal tahap insulin.

Sebaliknya, pendedahan berpanjangan kepada lampu LED yang dominan cahaya biru dikaitkan dengan disfungsi metabolisme serta degenerasi sel, yang menyumbang kepada risiko penyakit diabetes tahap 2, kemerosotan kognitif, dan kerosakan penglihatan.

 “Pencahayaan LED jelas mempunyai keupayaan untuk menjejaskan prestasi visual mungkin melalui fungsi mitokondria yang berkurangan”

Jadi, sebagai penyelesaian bagi menangani bahaya persekitaran moden ini, laproan itu menyarankan agar pengguna mula memperkenalkan semula pencahayaan spektrum penuh (full-spectrum lighting) yang seimbang atau mendapatkan pendedahan cahaya merah secara tetap.

Langkah mudah ini mampu mengembalikan ritma metabolisme semula jadi serta melindungi kesihatan jangka panjang.

Walaupun lampu LED lebih efisien tenaga dan mengeluarkan cahaya biru yang sama seperti mentol lama, tetapi ia hampir tiada cahaya inframerah.

Ketiadaan cahaya inframerah ini sekali gus boleh mengganggu proses semula jadi dalam badan manusia.

Walaupun perkara ini masih dalam kajian pakar, data terbaru daripada hasil kajian ini sedikit sebanyak menekankan kepentingan teknologi baharu perlulah dibangunkan tanpa mengorbankan kesihatan manusia demi penjimatan tenaga.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Orbit Bumi Semakin Sesak, Kini Jadi "Tapak Pelupusan Sampah" Moden
  • Peranti Penjejak Kesihatan Tanpa Skrin Makin Popular, Huawei, Xiaomi Dan Apple Kekal Kuasai Pasaran

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY