Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lampu Laser Interaktif Berharga RM476,000 Ceriakan Malam Padang Kota Lama, Pulau Pinang

Lampu Laser Interaktif Berharga RM476,000 Ceriakan Malam Padang Kota Lama, Pulau Pinang

Diterbitkan November 12, 2025 oleh ariff bukhari

Taman Linear, Padang Kota Lama kini menjadi taman riadah malam lebih menarik selepas inisiatif Projek Lampu Hiasan Projektor Laser Interaktif lengkap dengan sensor pergerakan di lancarkan.

Inisiatif tersebut telah mendapat sambutan hangat dan meraih pujian para pengunjung yang beriadah bersama keluarga di situ.

Projek ikonik bernilai RM476,530 itu telah dirasmikan oleh YB Tuan H’ng Mooi Lye, EXCO Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa, bersama Datuk Bandar MBPP, Dato’ Ir. Rajendran P. Anthony pada 10 November 2025.

Sebanyak 25 unit lampu projektor laser interaktif dipasang, menampilkan fungsi pintar seperti kamera inframerah, paparan video 3D interaktif, pembesar suara terbina dalam, dan paparan laser HD kalis air IP65.

Lampu Laser Interaktif Berharga RM476,000 Ceriakan Malam Padang Kota Lama, Pulau Pinang
Lampu beroperasi setiap hari dari 7.30 malam hingga 1.00 pagi, percuma untuk orang awam.
Lampu Laser Interaktif Berharga RM476,000 Ceriakan Malam Padang Kota Lama, Pulau Pinang
YB EXCO turut memaklumkan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan terus menjalankan kajian kesesuaian pemasangan pelbagai jenis lampu hiasan pada masa hadapan  dan akan terus menerokai teknologi-teknologi baharu dalam pencahayaan hiasan bagi meningkatkan daya tarikan orang ramai dan pelancong ke negeri Pulau Pinang.

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Perodua Akan Lancar EV Pertama Hujung Bulan Ini - PM Anwar
  • Astro Seru Pilih Platform Sah, Peranti Penstriman Haram Dimuatkan Perisian Hasad

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY