Lalat Lebih Merbahaya Dari Apa Yang Kita Faham Selama Ini

Segelintir orang ramai sedar akan bahanya patogen yang dibawa oleh lalat di persekitaran mereka tetapi tidak faham betapa bahaya patogen yang dibawa oleh serangga kecil ini.

Satu kajian yang dijalankan di Kolej Sasing Penn State Eberly di Amerika Syarikat mendapati yang lalat di rumah membawa bakteria seperti salmonella, dan e-coli yang boleh menyebabkan ulser perut dan sepsis yang boleh membawa maut.

Kajian yang meliputi 116 jenis lalat dari 3 benua yang meliputi kawasan bandar, kampung dan hutan mendapati yang sesetengah lalat telah membawa beratus-ratus jenis spesis bakteria. Lalat di kawasan bandar selalunya membawa lebih banyak jenis bakteria berbanding lalat di kampung.

Lalat rumah dikenali tabiatnya yang sukakan persekitaran kotor. Mereka senang ditemui berdekatan makanan yang tengah reput, najis dan bangkai haiwan. Langau pula ialah lalat yang sering ditemui berdekatan bangkai haiwan, tempat sembelihan haiwan, dan juga tong sampah.



Lalat rumah dipercayai membawa sebanyak 351 jenis bakteria semetara langau pula membawa sebanyak 316 jenis.



Pasukan pengkaji percaya yang mekanisma penyebaran patogen seperti ini mungkin dilepas pandang oleh ahli penguatkuasa kesihatan awam dan cara penyebaran patogen melalui lalat boleh menyebabkan penyebaran yang cepat lebih-lebih lagi jika berlaku kejadian penyebaran wabak.

Sumber

Berkaitan