Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google account_

Google Akan Padam Akaun Tidak Aktif Lebih 2 Tahun, Mulai Disember Ini

Diterbitkan Mei 17, 2023 · Dikemas kini Mei 17, 2023 oleh Amalina Athman

Pada 2020, Google berkata ia akan mengalih keluar kandungan yang disimpan dalam akaun tidak aktif untuk mengekalkan ruang storan. Terbaharu, Google mengemas kini dasar akaun tidak aktif, yang membolehkan akaun dipadam sepenuhnya.

Berkaitan

  • Google Perkenal 'Tanda Biru' Sebagai Ciri Keselamatan Terbaru Pada Gmail
  • 3 Aplikasi Popular Google Ini Bakal Terima Kuasa 'AI'

Mulai Disember 2023, jika Google Account tidak digunakan atau dilog masuk selama sekurang-kurangnya 2 tahun, Google boleh memadam akaun dan kandungan dalam akaun tersebut.

Selain menjadikan alamat e-mel tidak boleh diakses, kandungan lain seperti mesej Gmail, Calendar, Drive, Meet, Docs, YouTube dan sandaran Google Photos akan dipadamkan. Menurut Google,

Before deleting an account, we will send multiple notifications over the months leading up to deletion, to both the account email address and the recovery email (if one has been provided).

Bagaimanapun, kemas kini dasar baharu tersebut hanya melibatkan Google Account untuk individu, dan tidak menjejaskan akaun untuk organisasi seperti sekolah, perniagaan dan sebagainya.

Cara paling mudah untuk memastikan Google Account aktif ialah log masuk sekurang-kurangnya sekali untuk setiap 2 tahun. Jika telah log masuk ke Google Account atau menggunakan mana-mana perkhidmatan Google baru-baru ini, akaun akan dianggap aktif dan tidak akan dipadamkan.

Antaranya termasuk membuka atau menghantar e-mel, menggunakan Google Drive, menonton video YouTube, muat turun aplikasi Google Play Store atau menggunakan log masuk dengan Google untuk log masuk mana-mana aplikasi atau perkhidmatan pihak ketiga.

Sumber: Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY