Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi 1

Kos Hampir RM200 Juta Untuk Naik Taraf Wi-Fi, Pelajar IPTA Bakal Terima Capaian Internet Lebih Baik

Diterbitkan Februari 10, 2025 · Dikemas kini Februari 10, 2025 oleh ariff bukhari

Selepas 3,149 titik akses Wi-Fi siap dipasang di tiga universiti awam dalam fasa pertamanya, lagi 31,173 titik akses Wi-Fi akan dipasang bermula Mac di 14 IPTA, 24 politeknik dan 43 kolej komuniti di seluruh negara yang dijangka akan siap dalam tempoh empat bulan untuk fasa kedua.

Ia sebagai usaha Kerjaan bagi meningkatkan capaian Internet di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA). Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Untuk fasa pertama, menteri itu memaklumkan, jumlah kos yang telah diperuntukkan ialah RM11.6 juta dengan semua titik akses di kesemua universiti yang terlibat dalam fasa pertama ini telah disiapkan pada 5 Februari 2025.

Sementara untuk fasa kedua pula, ia melibatkan kos berjumlah RM175.8 juta.

Beliau berharap bahawa apabila siap sepenuhnya hampir 35,000 titik akses Wi-Fi di pusat pengajian terlibat menjelang bulan Julai nanti akan dapat menyelesaikan secara menyeluruh masalah Internet di semua universiti awam.

Berkaitan

  • Teknologi Li-Fi Akan 100 Kali Lebih Pantas Dari Wi-Fi, Ini Yang Perlu Anda Tahu
  • UM Jadi Universiti Awam Pertama Guna Wi-Fi 7 Berkuasa AI Di Malaysia
  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kerajaan Perjelas Larangan Waze Untuk Penjawat Awam - Ini Yang Perlu Diketahui
  • Cara Hidupkan Pengesahan Dua Langkah (2FA) WhatsApp, Langkah Demi Langkah
  • Leica Lancar Kamera Q3 43 Edisi Formula 1, Harga Sekitar RM40 Ribu
  • Gentari, BYD Kerjasama Bawa Teknologi Flash Charging Ke Malaysia
  • Anthropic Dilapor Rugi AS$80.7 Bilion, AS$72 Bilion Daripadanya Caj Perakaunan
  • Tonton Netflix Dan YouTube Di UK Mungkin Perlu Bayar Lesen TV £180 Setahun
  • Kerajaan Larang Penjawat Awam Guna Aplikasi Navigasi Waze - Berkuat Kuasa Serta-Merta
  • Kapal Angkasa Jepun Dalam Perjalanan Ke Bulan Planet Marikh, Dijangka Tiba Ogos 2027
©2026 WISER.MY