Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Belum Bersedia, iPhone 15 Dijangka Kekal Guna Cip Modem 5G Qualcomm

Apple Belum Bersedia, iPhone 15 Dijangka Kekal Guna Cip Modem 5G Qualcomm

Diterbitkan November 5, 2022 oleh Amalina Athman

Apple baru-baru ini dilapor akan terus menggunakan cip modem 5G daripada Qualcomm untuk barisan iPhone 15 yang akan dilancarkan pada tahun depan.

Berkaitan

  • Apple Masih Gagal Bangunkan Modem 5G Sendiri - Kuo
  • Kuo: Populariti iPhone 14 Pro Max Mungkin Dorong Apple Hasilkan Lebih Banyak Perbezaan Antara iPhone 15 Pro dan Pro Max
  • iPhone 15 Pro Mungkin Guna Butang 'Volume' Sama Jenis Seperti 'Home Button' iPhone 7
  • Kuo: Kamera Utama iPhone 15 Pro Mungkin Tidak Akan Dilengkapi Dengan Ciri Ini

Menurut Mark Gurman dari Bloomberg, Qualcomm akan terus menyediakan cip modem untuk “sebilangan besar” iPhone pada tahun 2023, walaupun jangkaan awal bahawa ia akan menyediakan hanya sebahagian kecil daripada cip modem.

In a reversal, Qualcomm is now expecting to provide Apple with the majority of modems for new iPhones next year, confirming Apple isn’t switching to its own modems until after 2023. https://t.co/az2sjllR4J

— Mark Gurman (@markgurman) November 2, 2022

Sebelum ini, Qualcomm merancang untuk menyediakan hanya kira-kira 20% daripada cip modem 5G untuk iPhone baharu pada 2023, yang menandakan potensi peralihan kepada cip modem Apple sendiri. Pembangunan teknologi modemnya sendiri ini adalah sebagai usaha Apple untuk mengurangkan pergantungan kepada Qualcomm.

Bagaimanapun, laporan terbaru yang menjangkakan Qualcomm akan kekal sebagai pembekal utama ini sekali gus mengesahkan bahawa Apple masih belum bersedia serta tidak akan beralih kepada cip modemnya sendiri untuk iPhone tahun depan.

Laporan Gurman ini juga adalah selari dengan maklumat dari penganalisis Ming-Chi Kuo pada Jun 2022, yang mengatakan pembangunan cip modem 5G Apple masih gagal dan Qualcomm akan kekal sebagai pembekal untuk cip 5G bagi barisan iPhone 15.

Gambar utama: WCCF Tech

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY