Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KTMB nilai pegangan sementara RM1

KTMB Kurangkan Caj Sementara Kad Debit, Kredit – Kini Hanya RM1

Diterbitkan September 2, 2025 · Dikemas kini September 2, 2025 oleh Amalina Athman

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memaklumkan bahawa Nilai Pegangan Sementara (caj sementara) bagi penggunaan kad debit atau kredit kini dikurangkan kepada RM1, berkuat kuasa 1 September 2025.

✨ Jimat Lagi Mudah! Dulu RM30, sekarang hanya RM1!

Nilai Pegangan Sementara (caj sementara) bagi transaksi kad debit atau kredit kini dikurangkan pada RM1 sahaja.#KTMKomuter #KTMKomuterUtara #KOMI #NaikKTMKomuterJer #KTMB pic.twitter.com/2XOJccFPQi

— KTM Berhad (@ktm_berhad) September 2, 2025

Buat pengetahuan, Nilai Pegangan Sementara ialah amaun yang dipegang setelah kad debit atau kredit berjaya diimbas dan disahkan oleh Mesin Pengimbas Kad di Pintu Kawalan Automatik (ACG) di stesen komuter.

Sebelum ini, caj sementara adalah sebanyak RM30. Dengan pengurangan terbaru ini, pengguna hanya akan dikenakan RM1, sekali gus memudahkan perjalanan harian.

KTMB_nilai pegangan sementara RM1

Perlu diketahui bahawa caj ini hanya bersifat sementara dan akan dipulangkan semula mengikut terma bank masing-masing. Ia terpakai untuk semua laluan Komuter, manakala tambang tiket sebenar akan dikenakan selepas penumpang melengkapkan imbasan keluar.

Berkaitan

  • KTM Komuter Kini Sokong Pembayaran Kad Debit, Ketahui Ini Sebelum Guna
  • Rupa Tren RTS Hubungkan Johor Bahru Dan Singapura Diperkenalkan
  • KTM Lancar KITS Style, Beli Tiket ETS, Tempah Hotel Dan Bayar Bil Dalam Satu Aplikasi
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY