Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
RTS link

Rupa Tren RTS Hubungkan Johor Bahru Dan Singapura Diperkenalkan

Diterbitkan Julai 1, 2025 · Dikemas kini Julai 1, 2025 oleh ariff bukhari

Kementerian Pengangkutan Malaysia secara rasmi telah memperkenalkan tren pertama RTS Link yang akan menghubungkan Johor Bahru dan Singapura  kepada umum dalam sebuah majlis bersejarah yang berlangsung di Singapore Rail Test Centre (SRTC).

Majlis bersejarah ini telah disempurnakan oleh YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia; Encik Jeffrey Siow, Pemangku Menteri Pengangkutan Singapura; dan YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor.

RTS link 2

Tren empat gerabak ini mampu membawa lebih 600 penumpang pada satu masa, dengan rekaan warna yang diinspirasikan daripada palet harmoni bendera Malaysia, Johor dan Singapura.

Projek RTS Link adalah rangkaian tren ulang-alik sepanjang kira-kira 4km panjang dengan dua stesen, satu di Bukit Chagar, Johor Bahru, Malaysia dan satu di Woodlands, Singapura.

Rupa Tren RTS Hubungkan Johor Bahru Dan Singapura Diperkenalkan
Panjang keseluruhan projek ini meliputi 4km (Malaysia: 2.7km dan Singapura: 1.3km).

Rangkaian ini akan mempunyai 10,000 penumpang setiap jam, setiap arah dan jangkaan sekitar 40,000 penumpang setiap hari apabila dibuka.

Projek RTS Link merangkumi pembinaan fasiliti baru Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) bersebelahan stesen di Bukit Chagar.

Begitu juga Stesen RTS Link di Woodlands North di Singapura, yang juga akan mempunyai fasiliti Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ).

RTS link 3
Tren RTS dilengkapi sebanyak 4 gerabak berkelajuan maksimum operasi 80 km/h dengan kadar kekerapan 3.6 minit ketika waktu puncak.

Apa yang uniknya ialah kemudahan ICQ Malaysia dan CIQ Singapura akan berada di dalam bangunan yang sama.

Ini akan membolehkan keseluruhan proses imigrasi meninggalkan dan memasuki kedua-dua negara selesai di stesen berlepas.

Semasa ketibaan, penumpang akan keluar dari stesen tanpa perlu melalui formaliti melintasi sempadan lagi.

Pembinaan RTS Link yang sudah pun bermula sejak 2021 dijangka akan mula beroperasi pada akhir Disember tahun 2026.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Proton X50 Baharu Rasmi, Sokong Apple CarPlay Dan Android Auto
  • Minyak Pelincir Baharu Caltex Direka Khas Untuk Enjin Hibrid

Sumber: MOT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY