Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jangan Lagi Beli Telefon Pintar Dengan Spesifikasi Berikut

Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama

Diterbitkan Oktober 30, 2026 · Dikemas kini Oktober 30, 2026 oleh ariff bukhari

Industri telefon pintar global kini berdepan salah satu tempoh paling mencabar dalam lebih sedekad apabila jumlah penghantaran telefon pintar dunia merosot pada tahap terendah.

Berdasarkan laporan pasaran telefon pintar global setakat suku ke-3 oleh Omdia, pasaran industri ini telah merosot sebanyak 20% tahun ke tahun.

Menurut laporan itu, hanya sebanyak 254.7 juta unit telefon pintar sahaja dihantar ke pasaran sepanjang tempoh tersebut.

Status itu menjadikan ia sebagai rekod terendah bagi suku yang sama sejak 2013.

Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama

Antara faktor utama yang menyumbang kepada kemerosotan ini ialah peningkatan harga peranti akibat daripada kos komponen yang semakin mahal, khususnya memori dan cip pemproses.

Menurut laporan Counterpoint Research, kenaikan harga memori memberi kesan besar terhadap kos pengeluaran telefon pintar, sekali gus memaksa pengeluar mengubah strategi produk dan harga mereka.

 

“Kenaikan harga runcit nampaknya tidak dapat dielakkan pada tahun 2026 dengan pengguna yang akan menanggungnya.” Shenghao Bai, Penganalisis Kanan Counterpoint Research.

Sebagai contoh, bagi telefon pintar kelas permulaan, perkakasan memori kini mengambil bahagian yang jauh lebih besar dalam kos keseluruhan komponen.

Model dengan konfigurasi 6GB RAM dan storan 128GB berdepan peningkatan kos bahan (BOM) yang ketara, sekali gus menyebabkan pengeluar tidak lagi mampu menangungg kos bagi mengekalkan peranti kategori ini dijual pada harga mampu milik.

Sementara, model premium pula terkesan serentak dengan kos memori dan cip pemproses generasi terkini yang lebih mahal.

Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
Anggaran Kadar Kos Memori Telefon Pintar mengikut Segmen Harga (Suku pertama 2025 – Suku kedua 2026). Sumber: Penjejak Harga Memori Counterpoint Research.

Sekain itu, faktor keadaan ekonomi yang tidak menentu, inflasi berpanjangan dan penyusutan nilai mata wang di banyak negara turut memberi kesan kepada harga telefon pintar global.

Ia telah menyebabkan pengguna menjadi lebih berhati-hati dalam berbelanja di mana ramai memilih untuk menangguhkan pembelian telefon baharu, beralih kepada peranti terpakai atau membaik pulih peranti sedia ada yang sudah usang.

Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama

Dari segi kedudukan pengeluar, Samsung masih mengekalkan kedudukannya sebagai jenama telefon pintar nombor satu dunia dengan penghantaran 57.8 juta unit, dengan diikuti rapat oleh Apple yang mencatatkan 56.5 juta unit.

Walaupun kedua-dua syarikat turut terkesan oleh penurunan pasaran, prestasi mereka lebih stabil berbanding kebanyakan pengeluar Android lain.

Sementara itu, Xiaomi kekal di tempat ketiga dengan 30.7 juta unit dihantar walaupun berdepan penurunan sebanyak 29% berbanding tahun sebelumnya.

siri REDMI 17
Xiaomi melaraskan harga di pelbagai pasaran terutamnya di pasaran membangun yang sensitif terhadap harga.
REDMI A7 KV – Horizontal
Redmi A7 Pro dan Redmi 17 membantu menyokong jumlah penghantaran, namun ia tidak mencukupi untuk mengimbangi penurunan secara menyeluruh.

OPPO dan vivo pula mencatatkan penurunan penghantaran yang jauh lebih ketara ekoran kedua-dua vendor terus menaikkan harga di pasaran teras masing-masing, sebagai tindak balas terhadap peningkatan kos komponen.

Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
Afrika menjadi pasaran paling terjejas dengan penurunan 39%, diikuti beberapa kawasan lain termasuk Asia Pasifik, Timur Tengah dan Amerika Latin. Sebaliknya, Amerika Utara menunjukkan daya tahan yang lebih baik hasil tawaran pelan pembiayaan, program tukar beli serta permintaan yang lebih tinggi terhadap peranti premium.

Apa yang boleh disimpulkan, memori kini muncul sebagai salah satu faktor utama yang membentuk harga telefon pintar.

Pengguna juga perlu berdepan realiti bahawa pilihan peranti bajet kini menjadi semakin terhad dan terpaksa berdepan kenaikan harga merentasi hampir semua segmen telefon pintar pada masa akan datang.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Pasaran Telefon Pintar Di Asia Tenggara Merudum Ke Paras Terendah Dalam Tempoh 12 Tahun
  • Samsung Kekal Jenama Telefon Pintar Terbesar Di Dunia
  • Kenapa Storan Telefon Selalu 128GB, 256GB Dan 512GB, Bukan 150GB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
  • Mikroskop Digital 4K EVO Cam AURA Diperkenal Untuk Industri Semikonduktor Malaysia
  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
©2026 WISER.MY