Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KPM Umum Pemasangan CCTV Serta Merta Di Sekolah Asrama

KPM Umum Pemasangan CCTV Serta Merta Di Sekolah Asrama

Diterbitkan Ogos 18, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 18, 2025 oleh ariff bukhari

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan pemasangan sistem kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah berasrama terpilih seluruh negara.

KPM memaklumkan, peruntukan sebanyak RM3 juta telah diluluskan dengan pelaksanaan inisiatif ini akan bermula serta-merta sebelum diperluas secara berperingkat ke semua sekolah berasrama di seluruh negara.

KPM berkata, langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh pemantauan, mencegah insiden yang tidak diingini, serta mewujudkan ekosistem yang selamat dan kondusif bagi semua murid.

KPM Umum Pemasangan CCTV Serta Merta Di Sekolah Asrama

Beberapa minggu lalu, Malaysia dikejutkan dengan insiden kematian seorang pelajar perempuan di sekolah berasrama di Sabah yang dipercayai dibuli.

Ekoran itu, orang ramai menggesa pihak kerajaan mengambil tindakan proaktif dalam menangani insiden buli di sekolah-sekolah.

Kementerian Pendidikan (KPM) telah menyatakan bahawa mereka akan mengambil beberapa langkah penting bagi memastikan isu keselamatan di semua institusi pendidikan bawah kelolaannya terpelihara.

Ini melibatkan tambah baik kepada prosedur operasi standard (SOP) keselamatan sekolah dan langkah-langkah bagi menangani isu disiplin termasuk salah laku buli di semua institusi pendidikan KPM.

SOP dan garis panduan sedia ada juga akan dikaji semula bagi memastikan ia relevan dengan keperluan semasa dan akan datang.

Berkaitan

  • DBKL Perlu 20,000 CCTV Untuk Pantau Jenayah Dan Kesesakan Jalan Raya - TPM
  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Jangan Takut, Ini Cara Buat Aduan Insiden Buli Terus Kepada KPM

Sumber: KPM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY