Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DBKL Perlu 20,000 CCTV Untuk Pantau Jenayah Dan Kesesakan Jalan Raya – TPM

DBKL Perlu 20,000 CCTV Untuk Pantau Jenayah Dan Kesesakan Jalan Raya – TPM

Diterbitkan Julai 16, 2024 · Dikemas kini Julai 16, 2024 oleh ariff bukhari

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memerlukan sekurang-kurangnya 20,000 unit kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di seluruh ibu negara untuk memantau kadar jenayah dan masalah kesesakan jalan raya.

Beliau menjelaskan, pemasangan CCTV itu tidak boleh dilaksanakan secara sendirian oleh DBKL, sebaliknya memerlukan kerjasama kementerian, jabatan dan agensi khususnya Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Untuk itu, DBKL diberikan tanggungjawab mencari peruntukan memasang, memantau dan melakukan pemantauan. Ini penting pada hemat kami bahawa DBKL dengan kerjasama jabatan dan agensi ini memerlukan sekurang-kurangnya 20,000 unit CCTV, ertinya dalam tempoh sekarang hingga RMK13 (Rancangan Malaysia Ke-13) usaha ini mesti dilakukan,” Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Bernama

Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan dan Kesesakan Jalan Raya (JKMKKJR) berkata, usaha itu juga dilihat sebagai langkah modern policing bagi mengurangkan keberadaan (omnipresence) pegawai-pegawai dan anggota beruniform di bandar raya ini.

“Kita belajar daripada bandar pintar dan bandar selamat di negara lain dengan adanya CCTV berdefinisi tinggi (HD), pengecaman wajah, maka kadar jenayah, kemalangan dapat diturunkan dan juga masalah pemantauan aktiviti lain tanpa mengusik hak-hak peribadi seseorang,” tambah beliau.

Buat masa ini, hanya terdapat 5,000 unit CCTV yang dipasang di seluruh bandar raya Kuala Lumpur bagi tujuan pemantauan jenayah dan masalah kesesakan jalan raya.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Beli Barang Elektronik Lebih Berbaloi Di Platform Ini

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY