Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
hologram police south korea

Korea Selatan Guna Hologram ‘Pegawai Polis’ Untuk Cegah Jenayah

Diterbitkan September 2, 2025 oleh Amalina Athman

Polis Korea Selatan mengambil pendekatan baharu dalam usaha mengekang jenayah dengan memasang pegawai “hologram” bersaiz manusia di pusat bandar Seoul.

Hologram setinggi kira-kira 1.7 meter itu lengkap dengan seragam penuh polis dan dibangunkan berdasarkan imej seorang pegawai sebenar. Dari 7 hingga 10 malam, hologram digital itu akan dipaparkan pada panel akrilik setiap dua minit dengan mesej audio prarakaman.

Mesej itu mengingatkan orang ramai bahawa kawasan berkenaan dipantau kamera keselamatan, selain memberi amaran bahawa polis akan bertindak segera jika berlaku keganasan atau kecemasan.

At Seoul's Jeodong 3 Park, a hologram police officer appears every 2 minutes from 7 p.m. and 10 p.m. In addition, an announcement reminds people that security cameras are watching. According to the police, crime in the park dropped 22% since it was installed October last year. pic.twitter.com/bMgqpKf0ZM

— The Korea Herald 코리아헤럴드 (@TheKoreaHerald) August 20, 2025

Menurut laporan, inisiatif ini memberi tumpuan kepada kawasan yang kerap berlaku masalah awam seperti mabuk dan keganasan, yang memerlukan pengawasan lebih rapi.

Walaupun hologram ini tidak mampu campur tangan atau melakukan tangkapan seperti pegawai sebenar, pihak berkuasa berkata kehadirannya sahaja sudah memberi kesan psikologi kepada orang ramai dan membantu mengurangkan jenayah.

Sejak ia diperkenalkan, jumlah kes jenayah di kawasan itu dilaporkan menurun lebih 20%.

Berkaitan

  • Bukan Lagi Sains Fiksyen, Hologram Boleh Disentuh Kini Realiti
  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi
  • PBB Tubuh Badan Penasihat Bantu Negara-Negara Buat Keputusan Tentang AI
  • Tak Perlu Ke Balai Polis, Laporan Kemalangan Kecil Boleh Dibuat Secara 'Online' Mulai 1 September

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY