Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AI image_

PBB Tubuh Badan Penasihat Bantu Negara-Negara Buat Keputusan Tentang AI

Diterbitkan Ogos 27, 2025 oleh ariff bukhari

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah meluluskan pembentukan Panel Saintifik Antarabangsa Bebas mengenai Kecerdasan Buatan (AI) untuk membantu negara-negara membuat keputusan mengenai teknologi tersebut.

Panel ini akan terdiri daripada 40 pakar sains antarabangsa dengan tempoh perkhidmatan tiga tahun.

Peranan panel ini termasuklah menyediakan penilaian saintifik berasaskan bukti mengenai peluang, risiko, dan kesan AI, selain menganjurkan dialog tahunan global mengenai tadbir urus AI.

Sesi pertama akan berlangsung di Geneva tahun depan bersempena sidang kemuncak dunia mengenai AI.

Perbincangan akan merangkumi kerjasama antarabangsa, perkongsian amalan terbaik, serta strategi tadbir urus AI bagi menyokong pencapaian matlamat pembangunan global PBB.

Duta Costa Rica, Maritza Chan Valverde, bersama duta Sepanyol yang mengetuai rundingan resolusi ini menegaskan bahawa pembangunan AI memberi kesan kepada semua negara dan PBB berperanan penting memastikan AI berkhidmat untuk kemanusiaan.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • OpenAI Disaman, ChatGPT Didakwa Dorong Anak Bunuh Diri
  • Semua Pengguna Kini Boleh Cuba Janaan Imej Gemini 'Nano Banana'

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY