Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sebab Mengapa Memiliki Konsol ‘Gaming’ Masih Lagi Berbaloi

Konsol Permainan Fizikal 100 Kali Ganda Lebih Cemarkan Alam – Kajian

Diterbitkan November 11, 2025 · Dikemas kini November 11, 2025 oleh ariff bukhari

Satu kajian oleh firma penjejak karbon Greenly dari Perancis mendedahkan bahawa pembelian permainan video fizikal adalah 100 kali lebih tinggi menghasilkan jejak karbon berbanding versi digital.

Berdasarkan kepada laporan yang diterbitkan oleh firma itu bertajuk ‘The Carbon Footprint of Gaming‘, pembuatan dan penghantaran sejuta cakera fizikal menghasilkan 312 tan CO₂e, manakala muat turun digital hanya menyumbang 3 tan.

Walaupun permainan awan memerlukan tenaga tinggi untuk pelayan data, kesan fizikal tetap lebih besar kerana penggunaan plastik, logam nadir bumi dan pembungkusan.

Konsol konvensional di AS sahaja menggunakan 3.9 TWh elektrik setahun, menyumbang kepada 1.6 juta tan CO₂e.

Jika digabungkan dengan penggunaan TV, jumlahnya meningkat kepada 2.6 juta tan.

Penggunaan PC pula menyumbang sebanyak 149 kg CO₂e setahun, manakala telefon mudah alih menyumbang 20 kg CO₂e bagi setiap pengguna.

Manakala permainan konsol pegang tangan seperti Nintendo Switch adalah paling mesra alam, hanya menghasilkan 13.8 kg CO₂e setahun.

Ekoran itu, Greenly mencadangkan pengeluar konsol menjalankan program tukar ganti, menetapkan tetapan jimat tenaga secara lalai, dan mempromosikan permainan terpakai.

Berkaitan

  • PlayStation Lancarkan Konsol PS5 Edisi Terhad 'Ghost of Yōtei'
  • Switch 2 Dominasi Pasaran Konsol Mudah Alih, Xbox ROG Ally Menyusul, Sony Masih Tengok
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY