Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Twitch Kini Sekat Penggunaan Beberapa Perkataan Termasuk Simp

Komuniti Penstriman Berang Selepas Twitch Umum Akan Kongsi Data Dengan Amazon

Diterbitkan Ogos 14, 2026 · Dikemas kini Ogos 14, 2026 oleh ariff bukhari

Gergasi penstriman langsung permainan video, Twitch, telah membangkitkan kemarahan jutaan penggunanya selepas mengumumkan bahawa ia akan berkongsi data mereka dengan syarikat induk, Amazon, bagi melatih model kecerdasan buatan (AI) milik peruncit dalam talian berkenaan.

Menerusi satu hantaran di platform X, Twitch memaklumkan bahawa pengguna diberikan pilihan untuk menarik diri (opt-out) daripada perkongsian data tersebut.

Walau bagaimanapun, jika tidak ditolak, kandungan audio langsung, teks, imej, serta kandungan lain di saluran mereka secara automatiknya akan digunakan oleh Amazon bagi latihan AI di kesemua platformnya.

Langkah Twitch ini membuka medan baharu dalam pertikaian mempertahankan privasi dalam talian, tatkala syarikat-syarikat AI semakin dahagakan data untuk meningkatkan keupayaan model masing-masing.

 

“Jawapan jujurnya ialah: jika ia berbentuk penyertaan secara sukarela (opt-in), tiada siapa yang akan menyertainya,” kata Ketua Pegawai Produk Twitch, Mike Minton, pada Rabu dalam satu sesi sembang langsung di platform berkenaan selepas pengumuman tersebut.

“Sebab itu ia diaktifkan secara lalai (on by default), dan hampir kesemua perkhidmatan kandungan di dunia mengaktifkannya secara lalai,” tambah beliau.

 

“Saya tahu ini sangat mendukacitakan komuniti, tetapi inilah realiti situasi kita sekarang.”

Para gamer dengan pantas menempelak dasar baharu itu dan menganggapnya sebagai pencerobohan yang tidak beretika terhadap privasi mereka.

“Mengaktifkan pilihan pengguna secara lalai bukanlah satu kebenaran (consent),” kata seorang pengguna dalam salah satu maklum balas yang lebih berhemah terhadap pengumuman Twitch di platform X.

 

“Jika mahu guna data ini untuk latihan AI, bayarlah kami atas perkhidmatan kami,” tambah seorang lagi pengguna.

Amazon dan Twitch bukanlah entiti pertama yang bertindak menyerap data pengguna demi membina model AI ketika persaingan dalam sektor tersebut semakin hangat.

Tahun lalu, Meta—syarikat induk Facebook dan Instagram—menegaskan bahawa semua komen awam di platform mereka (kecuali WhatsApp) akan digunakan untuk melatih model AI mereka, melainkan pengguna memilih untuk menarik diri. – AFP

Berkaitan

  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • Vibe Mobile Dilancarkan Di Malaysia, Pelan Serendah RM17/bulan
  • Peranti Penjejak Kesihatan Tanpa Skrin Makin Popular, Huawei, Xiaomi Dan Apple Kekal Kuasai Pasaran

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY