Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Komputer Riba HP Dikenal Pasti Terpasang Dengan Keylogger

Komputer Riba HP Dikenal Pasti Terpasang Dengan Keylogger

Diterbitkan Disember 11, 2017 ยท Dikemas kini Disember 12, 2017 oleh Helmi Samsuri

Keylogger merupakan perisian yang boleh merekod setiap huruf yang anda taip di dalam komputer riba. Sekiranya anda mempunyai komputer riba HP keluaran 2012 hingga yang terkini, ia dikhuatiri terpasang dengan kod keylogger yang tersembunyi.

Ia pertama kali ditemukan oleh penyelidik keselamatan, Michael Myng ketika sedang mencari perisian pad sesentuh Synaptics pada komputer riba HP.

Difahamkan lagi, ia bukan sahaja terjadi pada komputer riba HP malah mungkin kepada jenama lain yang menggunakan pemacu pad sesentuh Synaptics versi tertentu.

“Baik HP ataupun Synaptics tidak mempunyai akses kepada data pengguna” jelas HP kepada Myng. Dalam masa yang sama, HP turut meminta kepada pengguna komputer riba supaya memasang kemaskini yang disediakan oleh mereka secepat yang mungkin.

Berdasarkan siasatan, sebanyak 475 buah komputer riba dikesan terpasang dengan kod keylogger tersebut dan antara model yang terlibat adalah Spectre, Envy, Omen, Pavillion, dan Compaq.

Menurut HP, ia pada asalnya dibina ke dalam perisian Synaptics untuk membantu kesilapan debug. Layari HP Support untuk senarai model yang terlibat dan kemaskini yang disediakan oleh syarikat itu.

Sumber: HP via PC World

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY