Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
2 CXMT DDR5

Komputer Bajet Pelbagai Jenama Dilaporkan Mula Guna DRAM Buatan China

Diterbitkan Ogos 4, 2026 · Dikemas kini Ogos 4, 2026 oleh ariff bukhari

Kekurangan cip memori global yang dicetuskan oleh kebangkitan infrastruktur kecerdasan buatan (AI) kini memaksa gergasi komputer seperti HP, Asus, dan Acer mula beralih menggunakan cip DRAM daripada syarikat China, ChangXin Memory Technologies (CXMT).

Langkah ini diambil bagi memastikan kelangsungan pengeluaran komputer ribak mereka.

Walaupun penggunaan ini masih terhad kepada model komputer bajet untuk pasaran luar AS, ia menandakan kejayaan besar buat CXMT.

Penilaian pasaran syarikat yang berpangkalan di Hefei itu juga kini melonjak melepasi nilai gergasi AS, Intel, selepas disenaraikan di Pasaran STAR Shanghai.

1 CXMT DDR5

Menurut laporan Nikkei Asia, langkah ini bagaimanapun diambil secara sangat berwaspada.

Pengeluar PC dilihat enggan terlalu bergantung kepada CXMT kerana bimbang menjejaskan hubungan dengan tiga pembekal utama dunia—Micron, Samsung, dan SK Hynix—yang menguasai 90% pasaran global.

Status CXMT yang berada dalam senarai pemantauan Jabatan Pertahanan AS turut menambah ketegangan geopolitik.

Malah, jika pengguna beranggapan komputer akan menjadi murah juga kerana menggunakan cip China juga meleset.

DRAM CXMT pastinya tidak lebih murah daripada syarikat seperti Samsung dengan begitu banyak syarikat kini berlumba-lumba untuk mendapatkan DRAM daripadanya, menurut Nikkei Asia.

Mengikut anggaran penganalisis IDC, industri PC global dijangka merosot lebih 11% tahun ini akibat krisis komponen yang semakin meruncing.

Ketika ini, CXMT sudah pun membekalkan hampir kepada semua syarikat teknologi terkemuka China termasuk Tencent, Alibaba Cloud dan ByteDance.

Situasi desakan bekalan ini meletakkan CXMT pada posisi strategik, sekali gus membuktikan syarikat China kini mampu memainkan peranan kritikal dalam rantaian bekalan teknologi dunia.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Apple Dilapor Sedang Uji Cip DRAM CXMT, Saham Cip China Melonjak 470%
  • AI Terus Kekalkan Harga Peranti Tinggi Dalam Krisis Cip ‘RAMaggedon’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY