Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Lego One Piece

Koleksi Set LEGO One Piece Bakal Jadi Kenyataan

Diterbitkan Januari 27, 2025 oleh ariff bukhari

Nampaknya, One Piece bakal mencipta sejarah baru sebagai francais pertama berdasarkan anime atau manga yang mendapat set LEGO rasminya sendiri.

Namun, set ini diilhamkan daripada siri aksi sebenar Netflix, bukan dari manga asalnya.

Tetapi ini merupakan langkah luar biasa kerana LEGO jarang berkolaborasi dengan francais anime yang mungkin disebabkan isu hak pengedaran.

Malah di laman rasmi LEGO juga turut mendedahkan kolaborasi ini bakal menjadi kenyataan.

Treler pratonton oleh Netflix menerusi platorm X rasminya menunjukkan topi jerami ikonik Luffy dan lengannya yang boleh meregang, memberi keyakinan kepada projek ini bakal menjadi kenyataan.

https://x.com/onepiecenetflix/status/1882428071246004364

Setakat ini, tarikh pelancaran set LEGO One Piece belum lagi diumumkan, tetapi pratonton menjanjikan ia akan tiba “tidak lama lagi,” memberi harapan kepada peminat untuk melihatnya menjadi realiti dalam beberapa minggu akan datang.

Berkaitan

  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Set Konsol Ikonik PlayStation 2 Kini Dalam Pertimbangan Lego
  • Netflix Umum Harga Langganan Naik Di 4 Negara, Sasar Keuntungan Lebih Tinggi Tahun Ini

Sumber: LEGO, Netflix Tudum

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY