Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
KKMM Kerjasama Dengan PDRM Tangani Penipuan Melalui Panggilan Telefon, SMS

KKMM Kerjasama Dengan PDRM Tangani Penipuan Melalui Panggilan Telefon, SMS

Diterbitkan Oktober 2, 2018 oleh Helmi Samsuri

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani kegiatan penipuan menerusi panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menterinya Gobind Singh Deo berkata pada masa sama, kementerian itu juga akan membantu PDRM meningkatkan kesedaran berkenaan cara penipuan itu berlaku dan langkah-langkah untuk mencegahnya.

“Berhati-hatilah bila terima pangilan yang minta bayaran atau maklumat perakaunan peribadi,” katanya dalam catatan terkini di laman Twitter beliau hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada seorang pengguna Twitter yang meminta supaya unit khas yang dapat membanteras penipuan itu diwujudkan.

Berhubung penubuhan unit khas itu, Gobind Singh berkata ia adalah cadangan yang baik.

— BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY