Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vape duti eksais

KKM Tegaskan Penggunaan Rokok Elektronik Adalah Bahaya Kepada Kesihatan

Diterbitkan Jun 7, 2023 ยท Dikemas kini Jun 7, 2023 oleh ariff bukhari

Ekoran daripada kes melibatkan seorang kanak-kanak berumur dua tahun di daerah Bera, Pahang yang berkemungkinan keracunan nikotin dalam rokok elektronik pada 30 Mei 2023 lalu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) menegaskan bahawa sebarang penggunaan produk merokok termasuk rokok elektronik adalah berbahaya kepada kesihatan tanpa mengira umur.

Kanak-kanak itu kini dilaporkan telah stabil dan bernafas tanpa bantuan alat pernafasan tetapi masih di bawah pemantauan pihak hospital.

KKM memaklumkan, pada mulanya kes dilaporkan sebagai probable kes EVALI (Electronic Vape Associated Lung Injury).

Namun hasil penemuan klinikal didapati kes tidak memenuhi kriteria EVALI sebagaimana dalam Clinical Practice Guidelines on Management of E-Cigarette Or Vaping Product Use-Associated Lung Injury (EVALI), 2021.

Keputusan ujian air kencing menunjukkan kehadiran nikotin pada paras yang tinggi. Peranti rokok elektronik yang ditemui telah dihantar ke makmal untuk ujian lanjut.

Pesakit itu disahkan menghidapi Acute Life Threatening Event Secondary To Possible Alleged Nicotine Ingestion Complicated With Seizur.

Semasa dalam rawatan, KKM melaporkan kanak-kanak itu telah mengalami sawan sebanyak dua kali.

Keracunan nikotin akibat penggunaan tembakau atau cecair rokok elektronik boleh menyebabkan kesan akut seperti debaran jantung atau palpitation, muntah dan sawan.

Ia boleh terjadi kepada semua pengguna termasuk kanak-kanak.

Kesan nikotin yang tinggi serta pendedahan nikotin untuk jangka masa panjang terutama kepada kanak-kanak akan menyebabkan pertumbuhan otak terjejas.

Berkaitan

  • Battery Health Versi Android Mungkin Hadir Dalam Android 14
  • Isu Berkaitan Perjanjian DNB Dengan 'Telco' Akan Dimuktamad Seawal Hujung Jun
  • Kerajaan Cadang Tambah Lebih Banyak Kamera AwAS

Sumber: KKM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY