Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AwAS kamera_bernama

Kerajaan Cadang Tambah Lebih Banyak Kamera AwAS

Diterbitkan Jun 7, 2023 oleh Amalina Athman

Kerajaan bercadang untuk menambah kamera Automated Awareness Safety System (AwAS) atau yang dahulunya dikenali sebagai Automated Enforcement System (AES), mengikut keperluan dalam jangka masa panjang.

Berkaitan

  • MOT Beri Kebenaran Khas Perbaharui Lesen Memandu Tamat Tempoh Tanpa Jalani Semula Ujian

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah menjelaskan hal ini kerana kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) mendapati tahap pematuhan pengguna jalan raya kepada peraturan had laju dan isyarat lalu lintas di lokasi pemasangan kamera itu, mencecah 99%.

Perkara ini berjaya meningkatkan tahap persepsi ditangkap kerana tidak mematuhi peraturan jalan raya dan seterusnya telah mengurangkan risiko kemalangan jalan raya di lokasi penguatkuasaan AwAS.

Ketika ini, terdapat 45 kamera AwAS yang beroperasi dan daripada jumlah itu, hanya satu kamera sedang dalam proses pembaikan serta penyelenggaraan.

Dalam masa yang sama, Hasbi menegaskan penguatkuasaan kamera AwAS bukan bertujuan memerangkap pengguna jalan raya. Sebaliknya, langkah itu bagi memastikan semua pengguna mematuhi peraturan jalan raya terutamanya di lokasi kerap berlakunya kemalangan.

Sumber: AWANI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY