Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
belanjawan 2023 5g dnb

Isu Berkaitan Perjanjian DNB Dengan ‘Telco’ Akan Dimuktamad Seawal Hujung Jun

Diterbitkan Jun 7, 2023 · Dikemas kini Jun 7, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

Pasukan petugas pelaksanaan khas untuk dwirangkaian 5G yang diumumkan tempoh hari akan memuktamadkan berkenaan perjanjian akses dan ekuiti DNB dengan penyedia perkhidmatan (telco) seawal hujung bulan ini.

peta 5g dnb 2023

Mengikut rekod, saya percaya ia akan diumumkan pada Julai kerana kerajaan akan sedikit lewat mengumumkan keputusan berkaitan 5G berbanding jangkaan yang mereka sendiri uar-uarkan.

Struktur pasukan petugas itu dipersetujui merangkumi lima kumpulan kerja.

  • Kementerian Kewangan
  • Kementerian Komunikasi dan Digital
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
  • Digital Nasional Berhad
  • Pihak penyedia perkhidmatan (CelcomDigi, Maxis, U Mobile, YTL, TM)

Task Force dwirangkaian 5G

Hal-hal perjanjian akses dan ekuiti ini perlu dibincang semula kerana kerajaan telah menetapkan peralihan pada dwirangkaian berbanding model pemborong tunggal yang menyaksikan DNB hanya bertanggungjawab untuk luaskan liputan 5G hingga hujung 2023 saja.

Berkaitan

  • Senarai Prabayar Dan Pascabayar Yang Disertakan 5G Sekarang
  • Rasmi: DNB Kekal Sediakan 5G Sehingga Hujung 2023, Beralih Ke Sistem Dwirangkaian Tahun Depan
  • Entiti Swasta Dijangka Ambil Alih DNB Setelah Capai 80% Liputan 5G
  • Pelan Internet "Unlimited" Prabayar Bawah RM50 Setakat Jun 2023
  • CelcomDigi: 5G Booster Percuma Bagi Pascabayar Diteruskan, Prabayar Dikenakan Caj
  • Apple Vision Pro - Cip M2, Paparan 23 Juta Piksel Dengan Harga ~RM16,000
  • Ini Senarai Model iPhone Yang Akan Terima Kemas Kini iOS 17

Terdahulu, banyak telco sudah pun menandatangani perjanjian akses dengan DNB dan membolehkan mereka menawarkan 5G hari ini seperti CelcomDigi, U Mobile, Yes, TM.

Mereka bagaimanapun membatalkan perjanjian ekuiti sejurus kerajaan umumkan pelaksanaan dwirangkaian.

5G malaysia__

Maxis satu-satunya yang tidak menandatangani kedua-dua perjanjian akses dan ekuiti dengan DNB.

Keputusan segera bagi perjanjian akses 5G akan membolehkan pihak penyedia perkhidmatan utama termasuk Maxis menawarkan pakej perkhidmatan 5G kepada pengguna, lapor RTM.

Sumber: RTM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY