Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MySejahtera_3 (1)

KKM Nafi Klinik Kesihatan Hanya Terima Pesakit Melalui Janji Temu MySejahtera

Diterbitkan Januari 2, 2026 · Dikemas kini Januari 2, 2026 oleh Amalina Athman

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan bahawa fasiliti Klinik Kesihatan tidak lagi menerima pesakit walk-in atau jumpa terus, seperti yang tular di media sosial.

KKM walk in masih dibuka

KKM menjelaskan, walaupun sistem janji temu merupakan kaedah utama, klinik kesihatan masih menyediakan ruang untuk pesakit walk-in, terutamanya bagi kes kecemasan, warga emas dan golongan yang mempunyai kekangan akses teknologi.

Pesakit tanpa janji temu tetap dilayan namun perlu melalui proses penilaian (triage) terlebih dahulu.

Sementara itu, pesakit yang mempunyai janji temu akan diberikan keutamaan mengikut slot masa yang telah ditetapkan.

KKM Nafi Klinik Kesihatan Hanya Terima Pesakit Melalui Janji Temu MySejahtera
Foto: Kementerian Kesihatan Malaysia

Menurut KKM, perkhidmatan walk-in tetap diteruskan bagi memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat akses rawatan yang adil dan saksama, terutama dalam keadaan akses teknologi yang berbeza bagi setiap individu.

Berkaitan

  • Saringan Paru-Paru Kini Lebih Pantas & Tepat – KKM Gunakan Teknologi AI
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • KKM Sasar Haramkan Vape Sepenuhnya Pada Tahun Depan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY