Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
online shopping

Beli Baju Raya Secara ‘Online’? Jangan Sampai Menangis Di Pagi Syawal

Diterbitkan April 6, 2023 oleh ariff bukhari

Bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) mengingatkan orang ramai supaya berwaspada ketika membeli-belah secara online pakaian raya mereka.

Ini kerana terdapat pihak tidak bertanggungjawab telah mula mewujudkan laman-laman palsu di media sosial seperti Instagram dan Facebook yang menjual baju raya di platform tersebut.

KPDN mendedahkan, modus operandi scammer baju raya akan menghasilkan iklan promosi baju raya pada harga yang sangat murah.

Mangsa yang tertarik akan membuat pembayaran ke akaun perseorangan sebagai proses pembelian.

Namun begitu selepas lama pembayaran dibuat, mangsa masih juga belum menerima nombor penjejakan barang atau langsung tidak menerima bungkusan.

Pihak scammer pula memberikan alasan kononnya ada isu sekatan pada bungkusan tersebut.

Malah mangsa dikehendaki pula membuat bayaran tambahan serta dijanjikan akan dipulangkan wang bayaran tambahan itu selepas bungkusan diterima mangsa.

Malangnya ia sudah terlewat kerana mangsa baru menyedari bahawa telah tertipu dengan scammer juga sudah menyekat mangsa dari menghubungi mereka.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak dikaburi dengan harga murah jualan baju raya yang diiklankan di media sosial.

Berkaitan

  • Cara Bayar Zakat Secara 'Online' Melalui MAE
  • 7 Sebab Telefon Ini Patut Jadi Telefon Raya Anda
  • Pembaziran Makanan Di Malaysia Meningkat Kepada 19,000 Tan Di Bulan Ramadhan

Sumber: KPDN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY