Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sandisk Dan SK Hynix Bekerjasama Bangunkan Memori Baru Dalam GPU AI

Kioxia Dan Sandisk Pecah Rekod Memori Flash Paling Padat Dunia

Diterbitkan Ogos 5, 2026 · Dikemas kini Ogos 5, 2026 oleh ariff bukhari

Dalam perlumbaan pembangunan kecerdasan buatan (AI), keperluan storan yang pantas dan berkapasiti tinggi, amat penting dalam memproses data dalam jumlah yang besar.

Sebab itulah Kioxia bersama Sandisk kini memperkenalkan memori 3D QLC NAND generasi ke-10, yang didakwa menawarkan kepadatan bit tertinggi dalam industri ketika ini, melebihi 37 Gb/mm².

Ia dicapai menerusi seni bina 332 lapisan dan reka bentuk pelan lantai yang dioptimumkan, sekali gus  memberikan peningkatan sehingga 60% dalam ketumpatan bit berbanding generasi kelapan sebelum ini.

Bukan itu sahaja, cip baharu ini turut menjadi memori QLC 3D pertama yang menyokong kelajuan antara muka sehingga 4.8 Gb/s.

Teknologi baharu seperti CMOS directly Bonded to Array (CBA) membantu meningkatkan kepadatan, prestasi baca dan tulis, selain menjadikan proses pengeluarannya lebih cekap.

Dalam masa yang sama, Kioxia dan Sandisk turut memberi fokus kepada kecekapan tenaga.

Ciri seperti Power-Isolated Low-Tapped Termination (PI-LTT) direka untuk mengurangkan penggunaan kuasa ketika pemindahan data, sekali gus membantu mengatasi cabaran penyejukan di pusat data AI berskala besar.

Teknologi ini disasarkan untuk kegunaan latihan AI, pemprosesan inferens, platform awan dan pusat data berskal besar yang semakin memerlukan storan berkapasiti tinggi serta lebih pantas.

Jika berjaya dikomersialkan secara meluas, ia berpotensi menjadi asas kepada generasi baharu infrastruktur AI pada masa hadapan.

Berkaitan

  • Sandisk Dan SK Hynix Bekerjasama Bangunkan Memori Baru Dalam GPU AI
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Sokong Ekosistem Pusat Data AI, Vertiv Rasmi Buka Kilang Infrastruktur Gergasi Di Johor

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY