Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Keychron Lancar Papan Kekunci Seramik Pertama Di Dunia Berharga ~RM930

Keychron Lancar Papan Kekunci Seramik Pertama Di Dunia Berharga ~RM930

Diterbitkan Januari 13, 2026 · Dikemas kini Januari 13, 2026 oleh ariff bukhari

Selepas diperkenal pada tahun lalu, Keychron di CES 2026 secara rasminya melancarkan model terbaru papan kekunci Q16 HE 8K, papan kekunci mekanikal berwayar yang tampil unik dengan badan dan keycap seramik pertama di dunia.

Papan kekunci premium ini dilengkapi suis magnetik ultra-pantas dengan kadar polling 8,000 Hz (berapa kali sesaat papan kekunci melaporkan data tekanan kekuncinya ke komputer anda), sekali gus memberikan tindak balas segera untuk permainan dan menaip untuk kerja harian.

Keychron Lancar Papan Kekunci Seramik Pertama Di Dunia Berharga ~RM930
Papan kekunci ini serasi dengan macOS, Windows dan Linux.

Selain itu, Q16 HE 8K menyokong mod khas seperti Rapid Trigger, Analog Mode, dan multi-command sehingga empat tindakan bagi setiap kekunci.

Dari segi akustik, ia dilengkapi lapisan penyerap bunyi, pad lateks, serta plat aluminium CNC untuk bunyi yang lebih “sedap” dan premium.

Ia turut dilengkapi dengan pencahayaan RGB, kekunci yang boleh ditukar,  dan tersedia dalam pilihan warna Navy Blue dan Light Green.

Papan kekunci seramik Q16 HE 8K ini kini boleh dipra tempah dari laman rasmi Keychron pada harga USD229.99 (~RM930).

Berkaitan

  • 5 Benda Yang Buat OriginOS 6 Rasa Lebih Kemas dan Lancar
  • Anda Disyor Untuk Nyahaktifkan 2 Ciri Gmail Ini Sekarang
  • ASUS Perkenal Router Konsep WiFi 8 Pertama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY