Ini kerana, dalam sidang media oleh Majlis Keselamatan Negara telah memaklumkan bahawa, kerajaan akan mewartakan kewajipan pengunaan aplikasi MySejahtera di setiap premis seluruh negara tidak lama lagi.
Pewartaan tersebut akan dibuat menerusi Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Maka, jika terdapat premis yang masih belum didaftarkan di dalam aplikasi MySejahtera, pemilik premis tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah akta tersebut.
Penggunaa aplikasi itu akan memudahkan pelbagai pihak terutamanya pelanggan yang hanya perlu memuat turun satu aplikasi sahaja serta rekod maklumat pelanggan adalah lebih sempurna berbanding mencatatkan ia di dalam buku secara manual atau menggunakan aplikasi lain.
Tidak setakat itu, mewajibkan penggunaan aplikasi MySejahtera di semua premis perniagaan bukan sahaja memudahkan proses pengesanan kontak malah ia dilihat dapat melindungi maklumat peribadi pelanggan.
Cara mendaftarkan premis di dalam aplikasi MySejahtera telah dikongsikan sebelum ini.
Berkaitan
- Cara Daftar Aplikasi MySejahtera Di Telefon Pintar
- Aplikasi MySejahtera Kini Dengan Ciri Butang 'Check-out'
- Terdapat Isu Teknikal Pada Sistem Janji Temu Vaksin Di Aplikasi MySejahtera
- MySejahtera Hanya Diguna Untuk Mengesan Kes Aktif COVID-19
- MySejahtera Dimuat Turun Lebih Daripada 700 Ribu Dalam Tempoh Seminit
- Nak Buang Aplikasi MySejahtera? Eh, Nanti Dulu
- Hanya Vaksin Sinovac Tersedia, Ini Cara Tempah Janji Temu Dos Penggalak Vaksin COVID-19 Melalui MySejahtera
- Kenapa Anda Perlu 'Check-out' Selepas 'Check-in' Dalam Aplikasi MySejahtera?
- Pendaftaran Vaksin Untuk Ibu Hamil Dan Menyusui Di Aplikasi MySejahtera Ditambah Baik
- Had Masa Anda Di Dalam Kompleks Beli Belah Dipantau Aplikasi MySejahtera