Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Orang Awam Boleh Mohon Perjalanan Antara Negeri Melalui Aplikasi GERAK Malaysia Mulai 25 April

MySejahtera Hanya Diguna Untuk Mengesan Kes Aktif COVID-19

Diterbitkan November 14, 2020 oleh ariff bukhari

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menafikan penggunaan aplikasi MySejahtera untuk mengesan kedudukan sesorang.

Isu ini timbul selepas timbul dakwaan KKM menggunakan aplikasi itu bagi mengesan 400 individu yang hilang dari kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi,.

Menjawab soalan pemberita, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan bahawa Mysejahtera adalah milik KKM dan ia sama sekali tidak digunakan untuk menjejaki mereka yang melarikan diri dari kawasan PKPD.

Beliau menambah, aplikasi tersebut hanya akan digunakan untuk mengesan kes aktif dengan menyimpan kerahsiaan. Hanya jika perlu sahaja barulah pihak KKM akan gunakan pangkalan data untuk mengenal pasti sesuatu kes COVID-19.

Sebelum ini pernah dilaporkan bahawa kes COVID-19 hanya akan muncul di hotspot tracker MySejahtera setelah disiasat dan disahkan.

Berkenaan data pengguna pula, pihak Kementerian Komunikasi Dan Multimedia pada Ogos lalu telah memaklumkan bahawa tempoh masa penyimpanan data peribadi adalah sehingga selepas enam bulan PKP ditamatkan.

Sumber: KKM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
©2026 WISER.MY