Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Antara Aplikasi Pengesanan Kontak Covid-19 Yang Dibangunkan Di Malaysia

MySejahtera Dimuat Turun Lebih Daripada 700 Ribu Dalam Tempoh Seminit

Diterbitkan Jun 9, 2020 · Dikemas kini Jun 9, 2020 oleh ariff bukhari

Selepas kerajaan mengumumkan kredit sebanyak RM50 ke dalam akaun e-dompet individu yang memuat turun aplikasi tersebut.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan inisiatif Penjana. Dalam inisiatif itu termasuklah kredit RM50 yang akan dikreditkan ke dalam e-Dompet pengguna.

Walaubagaimanapun, ketika itu tiada sebarang penjelasan bagaimanakah kredit e-dompet RM50 itu akan diberikan.

Tetapi dalam sidang media oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob semalam menjelaskan, kredit RM50 itu akan diberikan menerusi aplikasi MySejatera.

Tidak lama selepas makluman itu dibuat, muat turun aplikasi MySejahtera telah meningkat secara mendadak.

Dalam sidang media oleh Kementerian Kesihatan (KKM) pada sebelah petang semalam telah memaklumkan bahawa sebanyak 700,000 pendaftaran aplikasi MySejahtera telah dibuat hanya dalam tempoh seminit sahaja.

“…kalau semua mendaftar serentak dalam tempoh seminit pasti akan berlaku sesuatu (kesesakan) menyebabkan kita tidak dapat mendaftar.

“Jadi kita sedang lihat bagaimana kita boleh atasi isu ini dan mungkin kita akan panjangkan pendaftaran dalam tempoh 24 jam atau seminggu untuk membolehkan semua didaftarkan dalam tempoh singkat,” Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Ketua Pengarah Kesihatan.

Aplikasi MySejahtera yang dibangunkan dengan kerjasama KKM, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) adalah bertujuan bagi membantu Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil tindakan yang cepat, tepat, dan berkesan untuk mengenal pasti dan memaklumkan kontak rapat sekiranya berlaku kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat.

Sumber: Bernama

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
©2026 WISER.MY