Pada awal September lalu, aplikasi MySejahtera telah dimuatkan dengan satu lagi ciri baharu iaitu ‘Check-out’.
Cuma berbeza dengan ‘Check-in‘, pengguna tidak akan di saman jika didapati butang ‘Check-out‘ tidak ditekan apabila beredar dari tempat yang sudah di daftar masuk mereka.
Namun begitu, sejak pengenalan ciri ‘Check-in‘, pengguna mengeluh kerana ciri baru itu menyukarkan mereka kerana pengguna sering terlupa menekan butang tersebut.
Malah pengguna mempersoalkan ciri butang tersebut.
Bagi menjawab keluhan dan persoalan orang ramai, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan senario bagi menjelaskan kepentingan untuk mereka menekan butang ‘Check-out‘ dalam aplikasi MySejahtera mereka.
KKM menjelaskan, sebelum butang ‘check out‘ diperkenalkan, data ‘check-in‘ berturutan digunakan untuk meletakkan ‘upper bound‘ pada tempoh masa seseorang berada di sesuatu tempat.
Contohnya, jika anda check-in di Restoran X pada jam 7 malam, dan Restoran Y pada jam 8 malam, anda berada di Restoran X untuk paling lama 1 jam.
Sekiranya check-in berturutan bersifat “outlier” (cth anda balik rumah dan hanya keluar esok), sistem mengesan itu sebagai “outlier” dan menggunakan tempoh purata (berdasarkan lokasi, waktu dan demografi).
Purata ini amat stabil kerana dihasilkan daripada berbilion data ‘check-in’.
Tetapi kini, pengguna diminta untuk ‘check-out’ kerana ini akan membolehkan algoritma menentukan risiko jangkitan dengan lebih tepat.
Satu lagi contoh senario diberikan adalah pengguna check-in di Restoran X pada jam 7 malam dan check-out pada jam 8 pagi keesokan harinya.
Sistem akan melihat – secara purata, berapa lama pengguna akan berada di lokasi ini sekiranya check-in pada waktu 7 malam.
Purata itu dapat digunakan untuk mengganti check-out yang mengelirukan itu.
Apa yang dapat disimpulkan di sini adalah, ciri butang check-out sama pentingnya dengan menekan butang check-in apabila pengguna mendaftar masuk di sesebuah premis.
Ini kerana ia akan membantu pihak berkuasa menentukan risiko jangkitan dengan lebih tepat di sesebuah lokasi.
Jadi, dalam memerangi pandemik COVID-19 yang belum selesai ini, marilah kita bersama saling membantu mengekang penularan COVID-19 dengan berkongsikan maklumat yang tepat bersama pihak berkuasa dengan menekan butang ‘check-in‘ dan ‘check out‘.
Sumber: KKM