Bagi anda yang belum muat turun dan daftar.
Walaupun aplikasi MySejahtera sudah dilancarkan sejak awal bulan lalu April lalu, tetapi hanya baru-baru ini sahaja aplikasi tersebut menjadi rebutan pengguna.
Ia selepas Kerajaan telah mengumumkan bantuan inisiatif PENJANA yang akan memberikan kredit e-dompet RM50 yang akan disalurkan secara khusus menerusi aplikasi MySejahtera.
Jadi, bagi mereka yang belum memuat turun dan mendaftar aplikasi tersebut, berikut adalah cara pendaftaran aplikasi MySejahtera di telefon pintar.
1. Muat turun aplikasi MySejahtera di telefon pintar boleh dibuat menerusi Apple App Store (untuk peranti iOS), Google Play Store (untuk peranti Android), HUAWEI AppGallery (khusus untuk pengguna telefon pintar HUAWEI) atau menerusi laman Galeri Aplikasi Mudah Alih Kerajaan Malaysia (GAMMA).

2. Selepas muat turun dan pasang aplikasi ke dalam telefon pintar, anda sudah boleh mendaftar sebagai pengguna baru dengan tap pada butang Register Here.

3. Kemudian masukkan nombor telefon dan tandakan pada kotak I'm not a robot. Selepas itu tap pada butang Register.

4. Seterusnya, isikan makumat peribadi anda.

5. Ke langkah seterusnya, ciptakan kata laluan bagi akau aplikasi MySejahtera anda. dan tap pada butang Confirm

6. Selepas itu, anda sudah berjaya mendaftarkan akaun aplikasi mySejahtera di telefon pintar. Walaubagaimanapun, berikutan aplikasi ini sedang menjadi rebutan pengguna, ia akan mengambil sedikit masa bagi pengesahan pendaftaran tersebut.

Selesai.
Berkaitan
- Masih Ditawar Dalam Play Store, Pengguna Android Digesa Buang Segera 4 Aplikasi Ini
- PNB Melancarkan Raiz, Aplikasi Mudah Alih Pelaburan Mikro Pertama Malaysia
- Pembangun Aplikasi ToTok Didakwa Mengintip Penggunanya
- Lebih 60% Aplikasi Android Didakwa Mudah Diekspoitasi Penggodam
- Sebelum Anda Terus Galak Menggunakan Aplikasi FaceApp Yang Sedang Tular, Apa Kata Anda Baca Ni Dahulu...
- Unifi TV Tawar Akses Percuma Untuk Aplikasi Penstriman Durioo+ Sepanjang Ramadan
- (Ulasan) DJI Osmo Action 3 - Kamera Dah Padu, Aplikasi Sokongan Je Lemah
- Aplikasi Google Maps Kini Lebih Terperinci Dan Meriah Dengan Warna
- Lihat Kelajuan Pemanduan Anda Di Aplikasi Google Maps Dengan Mengaktifkan Ciri Speedometer
- Public Bank Tidak Lagi Menyokong 4 Aplikasi Pelayar Versi-Versi Terdahulu Bermula 1 Ogos Ini