Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MySejahtera Vaccination Kini Dilancarkan

Nak Buang Aplikasi MySejahtera? Eh, Nanti Dulu

Diterbitkan Mei 2, 2022 · Dikemas kini Mei 2, 2022 oleh ariff bukhari

Seperti semua sedia maklum, bermula 1 Mei 2022, Kerajaan telah menetap protokol baru bagi negara mendepani fasa peralihan ke endemik COVID-19.

Antara yang diumumkan Kerajaan adalah tiada lagi keperluan rakyat untuk mendaftar masuk ke premis-premis dengan aplikasi MySejahtera bermula 1 Mei 2022.

Ini kerana pengguna  kini tidak lagi perlu melaporkan status kesihatan mereka ke dalam aplikasi MySejahtera jika mereka berasa tidak sihat atau kontak rapat kepada pesakit COVID-19.

Malah kemasukan ke premis juga kini dibenarkan tanpa mengira status vaksinasi mereka.

Jadi, adakah ini bermakna anda boleh sahaja membuang aplikasi MySejahtera dari telefon pintar anda?

Untuk pengetahuan semua, tiada ketetapan yang dinyatakan  Kerajaan bahawa pengguna tidak boleh membuang aplikasi itu dari peranti mereka.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda mendapati diri anda positif COVID-19, protokol terbaru COVID-19 menyatakan anda perlu melaporkan status kesihatan anda itu sebanyak dua kali sehari melalui Health Assesstment Tool (HAT) di MySejahtera.

Nak Buang Aplikasi MySejahtera? Eh, Nanti Dulu

Malah bagi mereka yang berada di bawah status Home Surveillance Order (HSO) di dalam aplikasi itu juga masih tidak dibenarkan memasuki premis.

Aplikasi itu juga diperlukan oleh pemilik premis bagi menyemak status risiko pengunjung sebelum membenarkan individu memasuki premis mereka.

Bagi pengembara yang ingin memasuki ke Malaysia pula, mereka masih diwajibkan memuat turun aplikasi MySejahtera ke dalam telefon pintar mereka.

my sejahtera 1 mei 2022

Kesimpulannya di sini adalah, walaupun tiada lagi keperluan daftar masuk ke premis dengan aplikasi MySejahtera, orang ramai masih perlu melaporkan status kesihatan mereka melalui aplikasi itu jika didapati mereka positif COVID-19.

Malah aplikasi MySejahtera diperlukan bagi semakan status risiko seseorang individu sebelum dibenarkan memasuki premis.

Ia sekaligus bagi membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Dunia masih dalam fasa pandemik dan belum lagi beralih ke fasa endemik. Adalah menjadi tanggungjawab bersama dalam mengekang penularan COVID-19 dengan mematuhi protokol COVID-19 baru yang ditetapkan Kerajaan ini.

Sumber: moh.gov.my, moh.gov.my2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY