Cara Hasilkan Kod QR MySejahtera Check-In

Semalam, kerajaan telah mengumumkan setiap premis adalah diwajibkan untuk mengguna aplikasi MySejahtera. Bagi anda yang belum maklum, pendaftaran MySejahtera Check-In adalah untuk perniagaan, premis, pengangkutan awam dan lain-lain, untuk mendapat dan memaparkan Kod QR MySejahtera.

Kod QR ini bukan sahaja boleh digunakan untuk premis perniagaan, malah ia juga sesuai digunakan bagi majlis atau acara yang dijalankan. Ia lebih memudahkan kerana rekod daftar masuk tidak lagi perlu dilakukan secara manual.

Oleh itu, di bawah ini kami sediakan beberapa langkah mudah untuk menghasilkan kod QR MySejahtera Check-In.

Cara daftar kod QR MySejahtera Check-In


Untuk mendaftar MySejahtera Check-In, anda perlu melayari laman sesawang MySejahtera Check-In di mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin.



Setelah itu, masukkan nombor telefon atau e-mel yang masih aktif dan tekan pada "Register". Isi nombor pengesahan OTP atau tekan pada pautan (jika pendaftaran melalui e-mel) yang telah diterima dan tekan pada butang "Submit".



Kemudian, isi maklumat yang diperlukan seperti nama perniagaan/majlis, nama kontak, alamat, poskod dan negeri. Seterusnya, tekan butang "Submit".

daftar qr kod mysejahtera

Akhir sekali, anda akan menerima janaan kod QR. Selain mencetak secara terus, anda juga boleh mengisi alamat e-mel untuk menerima kod QR tersebut dalam bentuk PDF.

Log Masuk MySejahtera Check-In


Untuk mengemaskini maklumat perniagaan, majlis dan sebagainya, log masuk MySejahtera Check-In melalui mysejahtera.malaysia.gov.my/checkin/signIn.



Hanya perlu masukkan nombor telefon atau alamat e-mel yang telah didaftar dan tekan butang "Login". Kemudian, masukkan nombor pengesahan OTP atau tekan pautan yang telah dihantar (jika pendaftaran melalui e-mel).

Selain mengemaskini maklumat premis/majlis, anda juga boleh melihat laporan, mencetak janaan kod QR dan mengemaskini kata laluan bagi pendaftaran yang telah dilakukan.

Semoga bermanfaat.

Berkaitan