Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mysejahtera (2)

Hanya Vaksin Sinovac Tersedia, Ini Cara Tempah Janji Temu Dos Penggalak Vaksin COVID-19 Melalui MySejahtera

Diterbitkan Disember 21, 2023 · Dikemas kini Disember 21, 2023 oleh ariff bukhari

Kementerian Kesihatan Malaysia dalam satu kenyataan telah menegaskan bahawa pengambilan vaksin COVID-19 pada masa ini adalah secara sukarela.

Tetapi KKM menggalakkan ia diambil terutama kepada golongan berisiko.

KKM memaklumkan setakat ini terdapat 234 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Klinik Kesihatan seluruh negara.

Orang ramai boleh hadir ke PPV secara walk-in atau membuat temu janji menggunakan aplikasi MySejahtera.

Begitu juga kepada anda yang belum mengambil dos penggalak vaksin COVID-19, anda boleh membuat tempahan slot janji temu vaksin COVID-19 di Klinik Kesihatan berdekatan terus dari aplikasi MySejahtera.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Klik ikon COVID-19 di halaman utama.

Covid 19 1

2. Klik ikon COVID-19 Vaksinasi.

Covid 19 2

3. Pilih tempahan untuk diri anda atau tanggungan.

Covid 19 3

4. Tempah janji temu anda dengan klik pada pautan.

Covid 19 4

5. Pengesahan sejarah alahan dan ubat cair darah.

Covid 19 5

6. Pilih jenis vaksin yang ditawarkan (hanya vaksin Sinovac yang tersedia buat masa ini).

Covid 19 6

7. Masukkan nama klinik atau kawasan atau poskod.

Covid 19 7

8. Pilih tarikh dan masa.

Covid 19 8

9. Ringkasan maklumat janji temu. Klik Sahkan.

Covid 19 9

Sebagai peringatan bersama, anda disyorkan memakai pelitup muka ketika keluar dari rumah, elak berada di tempat yang sesak dan elak melawat kumpulan berisiko tinggi sehingga hari ke-10.

Selain itu, kontak rapat kepada kes COVID-19 juga digalakkan untuk melakukan kuarantin kendiri sekiranya mempunyai gejala seperti demam, batuk dan selesema, melakukan ujian pengesanan COVID-19 RTK (Ag) kendiri serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan kesihatan awam untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan.

Berkaitan

  • Cara Laporkan Keputusan Ujian Kendiri COVID-19 Di Aplikasi MySejahtera
  • Cawangan Kedai Huawei Di TRX Kini Dibuka
  • Pengguna Telefon Galaxy Di Malaysia Mula Terima Naik Taraf One UI 6

Sumber: MySejahtera, KKM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY