Ketua Grafik AMD Bertukar Kapal Ke Intel

Raja Koduri yang bertanggungjawab memulihkan reputasi AMD sebagai pembuat cip grafik seperti sekarang telah meletakkan jawatan semasa dia sedang bercuti selama seminggu.

Dia mengambil keputusan untuk menyertai seteru utama AMD iaitu Intel dan akan menyandang jawatan yang sama di sana. Koduri akan mengetuai divisi baru yang ditubuhkan oleh Intel, Core and Visual Computing dan secara langsung akan bersaing hebat dengan majikan lamanya di AMD.

Cip integrasi Intel yang menggabungkan cip grafik dan cip pemprosesan dalam satu pakej seringkali tidak mendapat sambutan di pasaran jika dibandingkan dengan produk cip APU AMD. Intel juga tidak dapat memberikan saingan yang sihat kepada kategori cip grafik berasingan yang didominasi oleh Nvidia dan AMD.

Keputusan Intel untuk mengambil Raja Koduri itu dilihat menandakan Intel sekarang ingin memecahkan pasaran Nvidia dan AMD bagi kategori cip grafik. Intel dan AMD baru shaja mengumumkan kerjasama mereka bagi menghasilkan cip grafik Radeon berintegrasi bersama cip pemprosesan Intel untuk kegunaan komputer riba.

Sumber