Ketahui Ciri & Fungsi Istimewa Yang Ada Pada Huawei Mate 20 Pro

Setiap kali peranti berkelas premium diperkenalkan, pastinya peminat dan pemerhati akan menfokuskan kepada pembaharuan dan perbezaan yang ada pada peranti itu dengan model-model yang lain. Huawei Mate 20 Pro yang baru dilancarkan semalam juga tidak terlepas daripada perkara ini.

Oleh itu, pada kiriman kali ini kami akan senaraikan beberapa ciri & fungsi istimewa yang ada pada model keluaran terbaru dari Huawei Mobile ini.

1. Penggunaan sistem cip pemprosesan HiSilicon Kirin 980



Seperti yang kita ketahui, Kirin 980 telah diiktiraf sebagai cip pemprosesan terbaik yang ada pada hari ini. Ini sekaligus menjadikan siri Huawei Mate 20 ini sebagai penanda aras kemampuan sebenar cip pemprosesan ini.

Baca juga : Jom Lihat Apa Yang Menjadikan Kirin 980 Cip Paling Berkuasa Ketika Ini

2. Pengecasan terpantas SuperCharge 2.0(40W)



Pengecasan pantas menjadi semakin penting hari ini. Atas sebab itu, Huawei telah mendatangkan fungsi pengecasan terpantas, SuperCharge 2.0(40W) kali ini. Melaluinya, Huawei mendakwa peranti boleh dicas sehingga 70% dalam masa cuma 30 minit.

3. Panel belakang yang berfungsi sebagai pot pengecasan tanpa wayar



Masih bercakap mengenai pengecasan, namun kali ini untuk tanpa wayar pula. Selain mempunyai pengecasan tanpa wayar terpantas(15W), panel belakang peranti Mate 20 Pro ini sendiri boleh bertindak sebagai dok pengecasan.

Ia membolehkan peranti lain yang menyokong pengecasan tanpa wayar dicas melaluinya.

4. Emoji hidup melalui 3D Live EmojiEmoji sudah menjadi perkara biasa bagi peranti kelas premium. Namun, Huawei membawanya ke satu tahap yang baru, di mana emoji 3D pada Mate 20 Pro ini mampu "hidup" dan digerakkan. Pengguna juga boleh menangkap gambar dan video bersama emoji berkenaan.

5. Kira kadar kalori makanan menggunakan 3D Modelling Anda seorang yang menjaga diet pemakanan? Jika ya, Mate 20 Pro adalah peranti yang sesuai dengan anda. Melalui teknologi 3D Modelling, ia membolehkan anda mengetahui kadar kalori yang ada pada sesuatu makanan di depan mata anda dengan kadar segera.

Selain daripada lima fungsi atau ciri di atas, Mate 20 Pro juga dilengkapi dengan ciri dan fungsi menarik lain seperti menerima pensijilan kalis air IP68, panel belakang anti- cap jari serta bateri yang tahan lama.

Dipasarkan di Eropah pada harga permulaan €1,049(~RM 5,036), peranti ini mungkin akan tiba di negara ini tidak lama. Ia mengambil kira beberapa video acah yang telah dikeluarkan oleh Huawei Malaysia sebelum ini.

 

Sumber : Huawei

Berkaitan