Kirin 980 membuat penampilan pertama dipasaran menerusi model siri Mate 20 yang telah dilancarkan hari ini.
Pada pertengahan September yang lalu, kami diberi peluang melihat secara dekat keupayaan cip terbabit.
Sekiranya anda bercadang untuk memiliki salah satu model dalam siri Mate 20, jom kita kenali serba sedikit prestasi cip yang dipanggil sebagai "Most Powerful and Intelligent, Ever.."
1. SoC 7nm pertama didunia
Seperti yang anda boleh lihat pada gambar diatas, Kirin 980 membawakan ciri yang pertama pada beberapa fungsi seperti dibina berasaskan proses 7nm.
Proses pembangunan 7nm telahpun dimulakan sejak 2015 lagi. Apa yang membezakan antara 7nm dan 10nm adalah ia memberikan...
- 20% peningkatan kelajuan,
- 40% peningkatan kepada kecekapan kuasa,
- 1.6X kepadatan logik.
Jika dibandingkan dengan cip Kirin 970, cip baru ini menjanjikan 75% peningkatan prestasi dan 58% kecekapan kuasa.
Mungkin ada yang tertanya bagaimana pula kedudukan Snapdragon 845 jika diletakkan bersebelahan Kirin 980?
Berdasarkan keputusan ujian yang dikongsikan, Kirin 980 berjaya memintas Snapdragon 845 dari segi penawaran bandwith, dan lebih rendah latensi.
Kirin 980 dilihat lebih pantas bertindak dalam ujian buka aplikasi.
Tidak cukup dengan itu, bagi anda yang menggemari permainan mudah alih pastinya mahukan pengalaman permainan yang baik.
Kirin 980 dilihat mampu memberi kepuasan kerana perbandingan prestasi permainan, cip ini berjaya mengekalkan hingga 60 fps sementara Snapdragon 845 hanya sekitar 47fps.
Bagi permainan didalam pengangkutan awam, Kirin 980 dilaporkan menyediakan penstriman data 10x lebih lancar berbanding cip pesaing lain.
Tumpuan juga harus diberikan pada sistem kamera dengan pengguna Dual ISP (Image Signal Processor)
Huawei ada menyatakan Kirin 980 mampu mengenalpasti imej 3 kali lebih pantas, iaitu lebih kurang 4500 imej dalam satu minit, berbanding Snapdragon 845 dengan 2371 imej, dan A11 Bionic dengan 1458 imej.
Selain daripada itu, teknologi AI memberikan keupayaan mengenalpasti pergerakan anggota badan dan ia mampu berfungsi pada kamera hadapan dan belakang.
Menariknya lagi, ia dapat mengesan pergerakan lebih daripada seorang secara masa sebenar.
Cip ini turut mampu memberikan kedudukan 10x lebih tepat dengan dwi frekuensi L5+L1.
Itulah pembaharuan yang dibawa pada Kirin 980 berdasarkan hasil ujian yang dikongsikan kepada kami. Namun begitu, kita perlu menunggu peranti sebenar (siri Mate 20) untuk membuktikan prestasi sebenar Kirin 980.
Berkaitan
- (Ulasan) Samsung Galaxy A71 - Mampu Pikat Hati Anda
- (Ulasan) Mi A2 - Telefon Android One Dengan Kamera Yang Semakin Baik
- Ulasan OPPO Band 2 - Bawah RM250 Dan Ini Kisahnya
- Dapatkan Prestasi "Cukup Rasa" Dengan OPPO A92, Hidangan Terbaru Untuk Peranti Kelas Pertengahan
- (Ulasan) Realme 3 - Prestasi Yang Sepadan Dengan Harga
- Mahu Hasilkan Vlog Menarik Untuk YouTube? OPPO Reno2 Boleh Bantu Anda
- Fon Telinga Tanpa Wayar RM199 Daripada Wiko
- Reaksi Awal Mi 10T Pro - Snapdragon 865 Bawah RM2000
- realme Band - Penjejak Kecergasan Pertama Dari realme
- Mahukan Gambar Percutian Anda Secantik Ini? Ini Caranya