Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kesetiaan Makin Pudar, 58% Pengguna Tidak Lagi Kisah Jenama Terkenal

Kesetiaan Makin Pudar, 58% Pengguna Tidak Lagi Kisah Jenama Terkenal

Diterbitkan Ogos 24, 2026 · Dikemas kini Ogos 24, 2026 oleh ariff bukhari

Landskap peruncitan kini menyaksikan perubahan besar apabila kesetiaan terhadap jenama terkenal semakin memudar.

Menurut laporan terbaru oleh NielsenIQ (NIQ) & World Data Lab  bertajuk  A Tale of Two Consumers: The Polarized Mindsets Reshaping Global Consumption, sebanyak 58% pengguna menyatakan mereka tidak lagi peduli sama ada sesuatu barangan itu jenama yang dikenali atau jenama sendiri (private label).

Sebaliknya, mereka hanya membeli apa yang memenuhi keperluan harian mereka.

Satu ketika dahulu, jenama sendiri sering dianggap sebagai pilihan murah berkualiti rendah.

Namun kini, persepsi tersebut telah berubah secara drastik. 

Kesetiaan Makin Pudar, 58% Pengguna Tidak Lagi Kisah Jenama Terkenal

Laporan itu mendapati, jenama sendiri kini tampil sebagai pesaing sengit di pelbagai segmen, daripada nilai asas, arus perdana, hingga ke peringkat premium. 

Perubahan ini dipacu pesat oleh jurang generasi, di mana 67% pengguna Gen Z percaya kualiti produk jenama sendiri adalah setanding dengan jenama terkenal.

Faktor nilai untuk wang juga menjadi keutamaan utama pengguna dengan sebanyak 69% pembeli merasakan jenama sendiri menawarkan nilai yang berbaloi, manakala 68% menganggapnya sebagai alternatif terbaik. 

Dalam keadaan ekonomi semasa, pengguna dilihat bertindak lebih fleksibel di mana mereka mudah beralih ke produk berharga rendah atau membeli barangan yang mempunyai tawaran promosi mengikut situasi.

 

“Pengguna tidak lagi menilai produk berdasarkan siapa yang membuatnya. Mereka menilai sama ada sesuatu produk memberikan gabungan kualiti, nilai, kemudahan dan kerelevanan yang tepat. Ini telah mewujudkan rak yang jauh lebih demokratik dan kompetitif berbanding yang pernah kita lihat dari segi sejarah.” Presiden E-Dagang NIQ, Ramon Melgarejo.

Menyedari perubahan tingkah laku ini, laporan itu berkata, pihak peruncit mula menyusun strategi baharu. 

Mereka mengukuhkan jenama sendiri melalui pembungkusan moden, penggunaan bahan premium, dan penjenamaan yang lebih meyakinkan.

Langkah ini telah berjaya meletakkan jenama sendiri sebagai pilihan gaya hidup yang berprestij, bukan sekadar alternatif bajet.

Perkembangan ini memberi isyarat jelas kepada produk berjenama. 

Untuk kekal relevan,sekadar memiliki nama besar sudah tidak lagi memadai.

Syarikat perlu membuktikan nilai sebenar menerusi kualiti tinggi, inovasi berterusan, harga berpatutan, serta keunikan produk bagi menambat hati pengguna yang semakin selektif.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • 20 Juta Pelanggan CelcomDigi Kini Dilindungi Firewall Suara Kesan Panggilan ‘Scam’
  • China Kalahkan Juara Bertahan, Menangi Piala Dunia E-sukan 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY