Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ADUAN BULI

Lapor Secara Terus, KPM Lancar Portal Aduan Buli

Diterbitkan Ogos 18, 2022 oleh Amalina Athman

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini telah melancarkan portal aduan buli bagi membolehkan aduan mengenai kes buli di sekolah dilaporkan secara terus kepada pihak KPM.

{suggets}

Melalui portal aduan buli yang boleh diakses di laman sesawang https://www.moe.gov.my/aduanbuli itu, ia menyediakan tiga saluran untuk orang awam, mangsa, ibu bapa atau penjaga melaporkan sebarang kejadian buli di sekolah.

Tiga saluran yang disediakan melalui portal aduan itu adalah melalui talian khas aduan buli (03-88849352), e-mel ([email protected]) atau aduan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPA) KPM.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, talian khas berkenaan boleh dihubungi 24 jam dan pihaknya akan mengambil tindakan segera bagi setiap aduan. Beliau turut menegaskan, KPM tidak akan berkompromi dalam isu buli dan pihak sekolah juga telah diarahkan untuk tidak menyembunyikan kes buli di tempat mereka.

Mengulas lanjut, Radzi berkata sebanyak 122 kes buli yang disabitkan kesalahan di seluruh negara telah direkodkan, antara Januari dan Julai tahun ini.

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • PerantiSiswa: Agihan Dijangka Bulan Julai, Kelayakan Memohon Diperluas
  • 1,000 Sekolah Akan Terima 5G, DNB Dan MCMC Sedia Jalin Kerjasama
  • Edaran PerantiSiswa Bermula Ogos, Fasa Kedua Libatkan Pelajar IPG Dan Kolej Matrikulasi

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY