Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pmx google

Kerjasama Google Dijangka Lancarkan Peralihan Teknologi, Tambah Peluang Kerja – Anwar

Diterbitkan Mei 6, 2024 · Dikemas kini Mei 6, 2024 oleh Amalina Athman

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan persidangan secara maya bersama Presiden & Ketua Pegawai Pelaburan Alphabet dan Google, Ruth Porat.

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • Microsoft Umum Pelaburan Lebih RM10 Bilion Di Malaysia

Menerusi perkongsian di media sosial, Anwar berkata sesi itu merupakan susulan daripada pertemuan mereka di Amerika Syarikat (AS) pada tahun lepas.

Menurutnya, ketika sesi tersebut Ruth memaklumkan perkembangan rangka tindakan bidang yang boleh diperluas syarikat itu di Malaysia berdasarkan penerangan sebelum ini oleh Perdana Menteri mengenai misi dan tumpuan kerajaan Malaysia.

Tambah Anwar, Alphabet dan Google turut mengalu-alukan kepimpinan, komitmen dan kepantasan pemudah cara yang telah diberikan kerajaan sejak pertemuan lalu.

Pagi tadi saya telah mengadakan persidangan secara maya bersama Presiden & Ketua Pegawai Pelaburan syarikat gergasi teknologi Alphabet & Google, Ruth Porat.

Sesi ini adalah susulan daripada pertemuan kami di Amerika Syarikat tahun lalu.

Ruth memaklumkan kemajuan rangka tindakan… pic.twitter.com/Y5U9PMTZks

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) May 6, 2024

Dalam pada itu, Perdana Menteri juga berkata perbincangan mereka turut menyentuh kepentingan kerjasama serta dukungan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) yang berkaitan sektor pendidikan, kesihatan dan pertanian.

Beliau berharap usaha itu akan membuahkan hasil, terutamanya melancarkan perancangan peralihan teknologi negara serta dapat mewujudkan peluang pekerjaan.

Minggu lalu, Microsoft turut mengumumkan pelaburan sekitar RM10.5 bilion untuk infrastruktur awan dan AI di Malaysia dalam tempoh empat tahun.

Sumber: Anwar Ibrahim

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 4 Tetapan 'Advanced Privacy' WhatsApp Yang Anda Perlu Aktifkan
  • Sony Bawa Kembali Reka Bentuk Ikonik Fon Kepala Walkman 1979 - Kini Dengan USB-C, Harga Dari RM259
  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
©2026 WISER.MY