Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MacBook Neo_003

Kerana Macbook Neo, Microsoft Akan Jadikan Windows 11 Lebih Pantas Dan Responsif

Diterbitkan Ogos 7, 2026 oleh ariff bukhari

Pelancaran MacBook Neo oleh Apple dengan harga mampu milik telah menggoncang pasaran komputer riba global.

Walaupun hanya menggunakan RAM 8GB, prestasi MacBook Neo kekal lancar kerana integrasi perkakasan dan perisian Apple yang sangat efisien.

Kejayaan ini sekali gus memaksa Microsoft serta pengeluar PC lain untuk memperbaiki Windows 11 agar lebih ringan dan pantas.

Kerana Macbook Neo, Microsoft Akan Jadikan Windows 11 Lebih Pantas Dan Responsif
Menurut laporan IDC, pasaran PC dijangka merosot 11.3% pada tahun 2026, dengan kekurangan bekalan memori sehingga 2027.

Dalam keadaan ini, Microsoft mengambil langkah drastik iaitu akan mengoptimumkan Windows 11 supaya menggunakan RAM lebih kecil, khususnya pada peranti dengan 8GB RAM.

Antara usaha utama ialah menggantikan komponen lama dengan rangka kerja WinUI yang lebih moden.

Namun, tekanan jurang harga peranti juga semakin ketara apabila Macbook Neo ketika mula diperkenalkan hanya berharga dari RM2,499 sahaja sebelum ia dinaikkan kepada RM2,999.

“Pengenalan MacBook Neo memberikan tekanan sebenar pada keseluruhan ekosistem PC,” kata Jitesh Ubrani, pengurus penyelidikan untuk Penjejak Peranti Pengguna IDC.

“Kami menjangkakan vendor bertindak balas dengan gabungan silikon baharu, OS yang lebih cekap daripada Microsoft, dan harga promosi yang agresif.”

Berkaitan

  • Dell XPS 13 Dilancar, Sedia Cabar MacBook Neo
  • Semua Model Mac Turut Naik Harga - MacBook Neo Kini Bermula RM2,999
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY