Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
featured media sosial

Kerajaan Sasar Larangan Akaun Media Sosial Untuk Bawah 16 Tahun Bermula 2026

Diterbitkan November 24, 2025 oleh Amalina Athman

Kerajaan menyasarkan larangan pemilikan akaun media sosial bagi kanak-kanak di bawah umur 16 tahun akan diperkenalkan menjelang tahun depan.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata langkah itu merupakan antara inisiatif bagi mengekang jenayah siber rentas usia serta melindungi kanak-kanak daripada risiko eksploitasi dalam talian dan pemangsa seksual.

Menurut beliau, antara mekanisme yang sedang diteliti ialah pelaksanaan pengesahan Electronic Know Your Customer (eKYC) yang bakal diwajibkan kepada platform media sosial.

“Ini adalah keputusan Kabinet bahawa kanak-kanak di bawah umur 16 tahun akan dilarang daripada membuka akaun media sosial. Dari segi mekanisme, salah satu cara ialah memastikan platform media sosial melaksanakan sistem eKYC dengan menggunakan dokumen rasmi kerajaan seperti pasport, MyKad dan MyDigital ID. Kita jangka menjelang tahun depan, platform-platform ini akan dapat melaksanakan sistem tersebut.”

Beliau menambah, selain penguatkuasaan melalui Akta Keselamatan Dalam Talian serta Akta Komunikasi dan Multimedia, kerajaan juga sedang meneliti pelaksanaan had umur umum, seperti yang dilaksanakan di Australia dan beberapa negara lain, terutama dari segi mekanisme penguatkuasaan.

Berkaitan

  • Malaysia Bakal Wajibkan Platform Media Sosial Laksana Had Umur Pengguna - Fahmi
  • Kerajaan Cadang Naikkan Had Umur Pengguna Media Sosial Kepada 16 Tahun - Fahmi
  • MCMC Akan Bincang Pelaksanaan eKYC Dengan Platform Media Sosial - Fahmi
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY