Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GTA 6_image1

Menjelang Pelancaran GTA 6, Logitech Tawar Cuti Sehari Kepada 7,000 Pekerja Untuk Main ‘Game’ Pilihan

Diterbitkan November 12, 2026 · Dikemas kini November 12, 2026 oleh Amalina Athman

Logitech menawarkan cuti sehari kepada 7,000 pekerjanya di seluruh dunia untuk bermain permainan video menerusi inisiatif baharu yang dikenali sebagai Logi Game Day.

Seperti dilaporkan Fortune, inisiatif itu membolehkan pekerja Logitech, termasuk kakitangan sepenuh masa dan pelatih, memilih satu hari untuk bercuti bagi bermain permainan pilihan mereka.

Walaupun inisiatif berkenaan diperkenalkan menjelang pelancaran Grand Theft Auto VI (GTA VI) pada 19 November ini, pekerja tidak semestinya perlu mengambil cuti pada hari tersebut. Sebaliknya, ia boleh digunakan pada bila-bila masa dalam tempoh setahun dari sekarang.

“Sudah tiba masanya untuk kita menghapuskan stereotaip bahawa permainan video hanya membuang masa. Sebagai sebuah syarikat yang mereka bentuk produk untuk kegunaan kerja dan hiburan, kami melihat sendiri bagaimana penglibatan dalam satu bidang dapat menyokong prestasi dalam bidang yang lain,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Logitech, Hanneke Faber.

Faber sendiri merancang untuk turut bermain permainan video pada 19 November ini. Namun, beliau tetap akan ke pejabat bagi menyertai acara penstriman syarikat, yang akan menyaksikan ruang pejabat tersebut diubah menjadi ruang permainan video sepenuhnya.

Menurut kajian Logitech yang melibatkan 900 orang dewasa dan tambahan 100 pemain permainan video dari sembilan negara, empat daripada lima responden bersetuju permainan video membantu meningkatkan keyakinan ketika menghadapi cabaran dalam kehidupan sebenar, selain membantu kekal tenang dan fokus dalam situasi bertekanan tinggi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Sumber Manusia Logitech, Elaine Laird, berkata masa khusus untuk berehat dan bermain membolehkan pekerja kembali bekerja dengan tumpuan lebih jelas, tenaga yang diperbaharui dan pendekatan baharu dalam menangani cabaran kerja.

Data daripada BambooHR menunjukkan permohonan cuti bagi tarikh pelancaran permainan itu hampir 13% lebih tinggi berbanding hari yang setara pada tahun-tahun sebelumnya. Tinjauan syarikat itu turut mendapati 18% pekerja bergaji tetap merancang untuk mengambil cuti pada hari permainan tersebut dilancarkan.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • GTA 6 Tak Dilancarkan Serentak Seluruh Dunia, New Zealand Jadi Yang Terawal
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Percuma GTA VI Apabila Anda Beli Konsol PS5 Dengan Pelan CelcomDigi One

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • NVIDIA Dilapor Pertimbang Singkirkan Jensen Huang Sebagai CEO
  • MITI Bakal Lancar Aplikasi Mudah Alih Sistem Saham Khas Bumiputera
  • 11 Pencipta Kandungan Wakili Malaysia Di TikTok Awards Southeast Asia 2026
  • Kebakaran Di Indonesia Bersamaan 18 Kali Ganda Saiz Bandar London
  • Syarikat Cip Korea Selatan Bangunkan Cip AI Rendah Haba Hingga Tidak Mencairkan Mentega
  • Skyro Kini Di Malaysia, Tawar Pinjaman Tunai Digital Sehingga RM1,000
  • 5 Perkara Menarik Yang Patut Anda Tahu Tentang Anthropic
©2026 WISER.MY