Kerajaan Negeri Selangor Bangunkan E-Bazar Ramadan, Kerjasama Dengan Grab Malaysia

1 April lalu, Kerajaan Negeri Selangor telah mengambil keputusan untuk membatalkan penganjuran bazar Ramadhan pada tahun ini. Berikutan itu, dijangka hampir 17 ribu peniaga terjejas dan hilang sumber pendapatan.

Berdasarkan kiriman Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan Kerajaan Negeri mengambil inisiatif untuk membangunkan platform digital E-Bazar Ramadan Selangor GRAB dengan kerjasama syarikat penghantaran GRAB Malaysia.

Menerusi platform digital ini, ia membolehkan peniaga menjana pendapatan sepanjang Ramadhan dan rakyat Selangor berpeluang untuk membeli juadah berbuka puasa secara dalam talian. 



Konsep Bazar Ramadhan ini menjelaskan hanya pembelian dalam talian dari aplikasi GRAB sahaja dibenarkan. Selain itu, Kerajaan Negeri turut menyatakan akan mematuhi segala spesifikasi penyediaan makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pada masa ini, sebanyak 15 lokasi telah dikenalpasti sebagai lokasi pelaksanaan untuk dijadikan dapur berpusat (central kitchen) dan akan diselaras oleh Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) dan HIJRAH.



Selain Kerajaan Negeri Selangor, Kementerian Wilayah Persekutuan turut mengambil inisiatif untuk menjalankan bazar Ramadhan menerusi tiga kaedah iaitu dengan menggunakan khidmat e-Hailing, 'Tempah, Bungkus & Ambil' serta Pandu Lalu.