Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
dakwaan data bocor

Kerajaan Nafi Dakwaan Kebocoran Data 17 Juta MyKad

Diterbitkan Disember 5, 2024 oleh Amalina Athman

Kerajaan menafikan berlakunya kebocoran data melibatkan 17 juta dokumen rasmi MyKad milik rakyat Malaysia seperti yang didakwa sebelum ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan memberi jaminan integriti data terutama maklumat rakyat di negara ini akan sentiasa dijaga.

Terdapat dakwaan kebocoran data yang melibatkan kad pengenalan sebanyak 17 juta keping, seperti yang tular dalam media sosial. Saya telah meminta Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan bahagian teknologi maklumat untuk menyiasat perkara ini. Setakat ini, tiada insiden kebocoran yang dilaporkan.

Sementara itu, JPN melalui hantaran di Facebook hari ini memaklumkan bahawa hasil siasatan mendapati tiada kebocoran data ataupun transaksi mencurigakan berlaku dalam sistem di jabatan itu.

Ia turut menegaskan bahawa tiada sebarang kes seperti yang didakwa pernah berlaku sebelum ini melibatkan sistem JPN.

dakwaan data 17 juta bocor

Pihaknya juga telah berhubung dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membolehkan siasatan lanjut diambil.

Berkaitan

  • Kebocoran Data: Cadangan Kerajaan Boleh Diambil Tindakan Perlu Kajian Mendalam
  • Kementerian Digital Cadang Tubuh Suruhanjaya Data
  • Lebih 10 Tahun Dengan Ekosistem Apple, Ini Pendapat Saya Bila Sebulan Dengan Ekosistem HONOR
  • Data MyKad 17 Juta Rakyat Malaysia Didakwa Bocor

Sumber: BERNAMA, Jabatan Pendaftaran Negara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY