Kerajaan Amerika Syarikat Memberi Peringatan Kepada Pemilik Perniagaan Tentang Pepijat Siber Di Dalam Cip

Kerajaan Amerika Syarikat pada hari selasa telah mengingatkan pemilik perniagaan agar memberi respon terhadap amaran Intel terhadap kelemahan keselamatan di dalam cip komputer mereka.

Homeland Security telah memberi garis panduan sehari selepas Intel berkata mereka telah menemui kelemahan keselamatan di dalam perisian 'remote' pengurusan yang dikenali sebagai "Managment Engine". Perisian ini banyak digunakan dalam 8 jenis cip pemprosesan, digunakan oleh komputer perniagaan yang dijual oleh Dell Technologies Inc, Lenovo Group Ltd, HP Inc, Hewlett Packard Entreprise Co. dan lain-lain.

Pakar keselamatan tidak lagi pasti bagaimana kesukaran untuk memanfaatkan kelemahan ini untuk tujuan serangan. Ruang kelemahan ini menjejaskan hampir kesemua komputer perniagaan dan pelayan yang menggunakan cip pemprosesan Intel yang dikeluarkan sejak 2 tahun lepas.

Dalam pada itu, Intel berkata mereka tidak lagi menerima sebarang kes serangan yang melibatkan kelemahan yang baru ditemui itu.

Homeland Security telah mengeluarkan arahan kepada pengguna agar melihat amaran dari Intel ini yang mengandungi perisian untuk mengesan samada sistem mereka menggunakan cip pemprosesan Intel tersebut. Mereka juga meminta kepada pembuat sistem komputer agar mendapatkan kemaskini perisian terbaru dan membuat strategi bagi menangani masalah tersebut.

Sumber

 

Berkaitan