Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GLC Sedia Dana Sehingga RM1.5 Bilion Untuk Syarikat Pemula

Kerajaan Akan Beralih Kepada EV Untuk Kenderaan Rasmi

Diterbitkan Oktober 17, 2023 oleh ariff bukhari

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 minggu lalu, Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa Pentadbiran Persekutuan akan mula menggunakan kenderaan elektrik sebagai kenderaan rasmi Kerajaan.

Ini bermakna, sebahagian kenderaan rasmi kerajaan yang digunakan di peringkat Pentadbiran Persekutuan, khususnya kenderaan yang digunakan oleh para menteri untuk kegunaan rasmi ketika ini akan ditukar kepada kenderaan yang dikuasakan elektrik.

Langkah itu adalah sebagai sokongan kerajaan ke atas usaha penggunaan tenaga baharu dan menjadikan Putrajaya model bandar rendah karbon Malaysia.

Walaubagaimanapun, masih belum jelas model kenderaan elektrik serta dari syarikat manakah yang akan dijadikan sebagai kenderaan rasmi Kerajaan Persekutuan nanti.

Dalam kenyataan media Kementerian Kewangan (MOF) sebelum ini menyatakan, pertukaran Kenderaan Rasmi Jawatan (KRJ) bagi Jemaah Menteri dijadualkan setiap 4 tahun sekali.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • Putrajaya Jadi Model Bandar Rendah Karbon, Panel Solar Akan Dipasang Atas Bangunan Kerajaaan
  • Wi-Fi Rumah Lembab Macam Siput? Guna Ni, Pasti Puas Hati

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY