Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Informasi Berkaitan Penipuan ‘Sim Swap’ Adalah Palsu – JSJK PDRM

Kepala Surat Dan Dokumen Ditiru, Jangan Terpedaya Dengan “Pegawai RTM”

Diterbitkan Disember 3, 2024 · Dikemas kini Disember 4, 2024 oleh ariff bukhari

Jabatan Penyiaran Malaysia hari ini mengingatkan orang ramai untuk tidak terpedaya dengan scammer yang menyamar sebagai “Pegawai RTM”.

Dalam kenyataan rasmi itu memaklumkan, pihak RTM telah menerima beberapa aduan berhubung scammer yang menyamar sebagai pegawai RTM untuk menipu syarikat penyedia perkhidmatan katering.

Scammer itu didapati telah memalsukan segala dokumen lengkap beserta kepala surat dari RTM.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dan tidak terpedaya dengan modus operandi baharu tidak bertanggungjawab ini.

Berkaitan isu yang sama, Perdana Menteri hari ini memberitahu Dewan Rakyat bahawa undang-undang berkaitan kes-kes jenayah komersial dan transaksi kewangan akan diperketatkan dan dibentangkan dalam sesi pertama tahun hadapan.

Ia ekoran situasi jenayah dalam talian yang semakin membimbangkan kerana banyak rekod nombor telefon dan akaun bank yang terlibat dalam kegiatan penipuan berdasarkan aduan yang diterima melalui aplikasi Semak Mule Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Berkaitan

  • Kerajaan Akan Gubal RUU Untuk Tangani Sindiket 'Scammer'
  • Produk Elektronik Pilihan: Jimat Besar Di Shopee, Patut Masuk ‘Wishlist’ Anda
  • Kesatuan Pekerja Bank Gesa PayNet Dan Bank Di Malaysia Mansuhkan Caj RM1 Pengeluaran Tunai ATM

Sumber: Berita RTM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Chrome Perketat Keselamatan, Kini Minta Kebenaran Sebelum Sambung Ke Laman HTTP Tidak Selamat
  • Cara Pelajar IPT Tebus Google AI Plus Secara Percuma
  • Malaysia Cadang Garis Panduan Baharu Untuk Pempengaruh Dan Jenama
  • Siri OPPO Find X10 Dengan Kamera 200MP Hasselblad Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM4,999
  • MCMC Ingatkan Platform Penstriman Agar Hormati Sensitiviti Tempatan
  • Penjawat Awam Berdepan Tindakan Disiplin Jika Langgar Arahan Guna Waze - KP MKN
  • Hanya Segelintir Pekerja Micron Taiwan Hari Ini Lancar Mogok Tuntut Bonus 83 Bulan Gaji
  • Apa Itu PHP Dan Siapa Yang Temui Kecacatannya Sehingga Hampir Semua Laman Web Di Seluruh Dunia Terpaksa Ditutup
©2026 WISER.MY